Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, September 23, 2010

Berapa ramai penagih yang berjaya setakat ini?


Payah, sungguh payah........ apa yg payah ? Aku ada satu tugas penting. Sekarang ini aku cuba mencari seberapa ramai bekas-bekas penagih yang berjaya melalui kehidupan sebagai insan biasa. Maksud aku punya kerjaya, keluarga (anak isteri) dan mendapat tempat dalam masyarakat. Apakah mereka-mereka ini tidak wujud ? Sebenarnya ada !!!! Apa yang menyebabkan susahnya untuk bertemu mereka ini kerana beberapa faktor. Antaranya; a) 'secret identity'merahsiakan identiti sebenar. b) takut dipandang serong c) dipecat majikan d) anak isteri tidak dpt. menerima kenyataan dll. Mengapa terjadinya perkara sebegini ?
Selama bertahun-tahun (hampir 30 tahun ?) masyarakat telah didedahkan dengan satu dogma ataupun presepsi yang negatif pada penagih. Media massa telah menyempurnakan misi ini. Baik dari segi iklan,drama mahupun tayangan gambar. Tahniah!! Gelaran seperti mayat idup, bangkai bernyawa, sampah masyarakat dsb begitu sinonim dengan penagih dadah. Inilah yang membuatkan masyarakat takut untuk tampil membantu golongan ini. Ditambah juga dengan sikap penagih sendiri serba sedikit menyumbang akan benarnya bagai dikata!
Isunya disini, apakah semua penagih itu tidak boleh balik kepangkal jalan? Dimana peranan AADK, media serta golongan-golongan pemikir yang patut dipertanggungjawabkan dalam isu ini? Apakah selama ini tidak ada satu badan, pertubuhan atau agensi yang memantau sejauh mana, berapa ramai, kejayaan yang ada sekarang ini? Mengapa tidak mereka -mereka ini yang berjaya kembali kepangkal jalan diketengahkan sebagai teladan? Jadikan sebagai bukti hidup dalam membantu kerajaan mencapai sifar dadah 2015. Dedahkan mereka ini, tunjukkan pada masyarakat bahwasanya mereka ini juga adalah sebahagian daripada masyrakat itu sendiri.Sesungguhnya mereka itulah aset berharga bagi negara untuk mencapai wawasan idaman kita semua.
Aku berharap satu hari nanti akan bertemu mereka-mereka ini keluar dari persembunyian dengan rasa bangga membantu serta membuka mata masyarakat. Marilah sahabat-sahabatku, tampillah kedepan bukan sebagai sampah masyarakat tapi sebagai pejuang agama & bangsa , kita berganding bahu sama-sama berjuang membasmi penyalahgunaan dadah ini!!!!!!!!!
HIJRAH BERSAMA MASYARAKAT PENYAYANG.

No comments: