Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, June 24, 2010

Mesyuarat Penaja Koperasi Shifaul Qalbi Taiping Berhad

Ucapan dan penerangan fungsi SKM bagi membantu koperasi oleh En Halim
Ucapan aluan oleh saudara Shamzuri selaku pengerusi Persatuan.
En Khairool wakil AADK LMS diberi kesempatan untuk berucap atas keperihatinan AADK.
Tetamu yang hadir Tn Hj Ismail, Mejar (B) Abd Latip dan ramai lagi.
Sijil Kelulusan penubuhan KOPERASI SHIFAUL QALBI TAIPING BERHAD.
Rumah Shiqal,
Pada 14-3-2009 satu perjumpaan telah dianjurkan oleh warga Shiqal bertujuan untuk membincangkan untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi tujuan membantu bekas-bekas penagih dadah khususnya bagi negeri Perak.
Antara yang hadir pada perjumpaan itu termasuklah En Halim sebagai ketua jabatan SKM LMS, wakil dari AADK LMS En. Khairool dan ramai lagi hadirin yang terdiri dari mereka-mereka yang berminat membantu warga Shiqal.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta kata kata aluan oleh pengerusi majlis Sdr Salehuddin Ibrahim dengan menjemput Sdr Shamzuri Osman selaku pengerusi Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak untuk ucaptama sebagai pembukaaan majlis. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar mereka-mereka yang sedar dan ingin membantu bekas-bekas penagih ini harus diberi peluang kedua sepertimana yang di lakukan oleh En Halim sebagai 'bos'di SKM (suruhanjaya koperasi Malaysia) dengan membuka ruang agar kita dapat menubuhkan sebuah koperasi tanpa ada batas-batas birokrasi terhadap penagih.
Seterusnya En Halim berkata dalam ucapannya merasa terharu atas usaha murni sdr Shamzuri kerana bersusah payah untuk mewujudkan sebuah koperasi semata-mata untuk melihat bekas-bekas penagih ini berjaya sebagai usahawan.
Bagi En Khairool pula sesungguhnya usaha ini sepatutnya mendapat sokongan padu dari AADK LMS kerana ianya satu satunya koperasi di Perak bertujuan membantu bekas-bekas penagih agar mereka boleh terus berjaya dan menjadi seorang usahawan.
Dengan majlis penerangan ini, maka dengan sendirinya atas usaha warga Shiqal maka lahirlah sebuah lagi koperasi di negeri Perak ini bertujuan untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara. KOPERASI SHIFAUL QALBI TAIPING PERAK telah berjaya di tubuhkan dengan sahnya. Diharap ia akan dapat bersaing dengan koperasi-koperasi yang sedia ada.

No comments: