Search This Blog

Translate

Followers

Monday, October 13, 2014

KAEDAH 12 JALAN MENUJU KEPULIHAN SHIQAL....2

SELAMA 21 HARI.
mengapa 21 hari ?

21 hari ini adalah tempoh intensif yang diperlukan bagi menjalani program pemulihan dan ia adalah tempoh seseorang itu mengalami kesedaran untuk berubah.
Menurut Prof. Emeritus Robert Plutchik (dari Kolej Perubatan Albert Einstein dan menjadi adjunt prof diUniversity of South Florida, pengarang serta terlibat dengan lebih dari 260 artikel, 45 jilid serta 8 buah buku yang kebanyakannya tertumpu pada penyelidikan emosi, keganasan, ‘suicide’ dan proses psychotherapy, melalui teori ‘psychoevolutionary’nya  mengenai emosi, bahawa,” anger, fear, sadness, disgust, surprise, anticipation, trust, and joy. These are the basic emotions that are biologically primitive and have evolved in order to increase the reproductive, these emotions to be the trigger of behaviors with high survival value, such as the way fear inspires the fight-or-flight response”.
Menurut Dr.Candace Pert, Ph.D. dalam pharmacology diJohns Hopkins University School of Medicine, Bryn Mawr College, penyelidik diNational Institute of Mental Health dan beliau juga telah menemui receptor opiate(ligands). Beliau menerbitkan lebih 275 artikel mengenai ‘peer’ dan ‘peptides and their receptors’ serta ‘role of neuropeptides in the immune system and human emotions’, pemikiran serta emosi “produce the same neuropeptides, e.g.: Chronic negative thinking (however one concludes this definition) would cause the cells of the body to eventually become desensitized to smaller quantities of the neuropeptides which will require larger amounts of the neuropeptides to be released to the cells and in some cases, more opiate receptors are creaed on the cell structure to accommodate the higher amounts of neuropeptides. Thus one can be brought into a vicious cycle that can only be satisfied by, in this behavioral example, a subsequent negative thought complex and outlook if the neuropeptide payoffs becomes large enough.Menurut kajiselidik Dr. Brian Roemmele pula,” All of this starts with your mind and your desire and it sounds obvious but many embark on a path of change without a real desire. Without a true desire to change, very little can be done.  Some researchers have found that a replacement habit/behavior that is serving  you in some meaningful way would be the most preferred way to overcome these challenges.  If one maps this new habit/behavior to a positive primary emotion from Professor Plutchik’s chart you would be tipping the scales to change”.
Ini menunjukan bahawa tabiat boleh diubah bergantung pada sesorang itu sekiranya mahu ataupun tidak. Tetapi tentulah dengan kaedah dan cara yang betul. Tidak perlu lama, Insyallah. 
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah: ayat 222)
“Dan sesiapa yang beriman dengan Allah maka Allah sentiasa memberi pertunjuk atau memimpin hatinya.“ (At-Taghabun: ayat 11)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Ar-Ra’d : ayat 11)

4 elemen yang ditekankan disini adalah perubahan IMEJ (seperti yang dinyatakan sebelum ini-peng)
 IMAN/KEROHANIAN
TUJUAN:-

  1. Sentiasa merasai kekuatan dan harapan untuk melawan penagihan dadah.
  2. Kekuatan iman dan sentiasa yakin bahwa Tuhan akan menolong kita.
  3. Menerima hakikat segala tingkahlaku semasa mengambil dadah (character defect) telah menyusahkan dan menganggu orang lain termasuk keluarga.
KAEDAH:-

  1.  kelas bimbingan agama. Fardhu Ain dll
  2.  taklim.
  3.  bacaan yasiin.
  4.  usrah
 MINDA/KOGNITIF
TUJUAN:-

  1. Perlu faham bahwa cara pemikiran kita telah di’ubahsuai’akibat dadah.
  2. Mempunyai masaalah penolakan ‘denial’dalam cara pemikiran kita menyebabkan kita terus mengambil dadah tanpa melawan cubaan untuk mengambil dadah.
  3.  Kita perlu melihat kesan negatif disebabkan dari pengambilan dadah. Kesan negatif ini boleh dilihat dari aspek fizikal, sosial, undang-undang, psikologi, kewangan dan kerohanian.
KAEDAH:-

  1.  rawatan 7 jenis ubatan dari herba menghilangkan kesan negatif pada minda.
  2. program motivasi.
  3.  program kaunseling secara individu, kelompok dan keluarga.

3.       EMOSI/MOOD
TUJUAN:-

  1.  Perlu memahami bagaimana 12 teras melihat peranan emosi serta bagaimana emosi boleh membantu dalam proses menidakkan dadah.
  2. 12 teras perlu mempraktikkan beberapa cara untuk mengendalikan emosi agar dapat mengurangkan risiko pengambilan dadah.
KAEDAH:-

  1. kelas ’12 jalan menuju kepulihan’
  2. berkongsi pengalaman.

4.     JASMANI/SIKAP (Behaviour)
TUJUAN:-

  1. Menerima hakikat bahawa keinginan untuk mengambil dadah begitu kuat kuasanya sehingga mengelirukan daya pemikiran kita. Ia telah mempengaruhi cara hidup(kelakuan/perangai) kita dan menyebabkan ‘relapse’ melainkan kita mengubah cara hidup tersebut.
  2. Pertolongan sokong bantu (12 teras) diperlukan dengan menggunakan prinsip-prinsip serta kaedah tertentu sahaja boleh membantu untuk mengubah cara kelakuan kita.
  3. Setiap dari kita perlu berusaha serta proaktif dalam 12 teras ini supaya dapat meneruskan keupayaan kita dalam membersihkan diri kita sendiri.
KAEDAH:-

  1.  program LDK (latihan dalam kumpulan).
  2. KSS (kemahiran psyco-sosial)
  3. KRP (kemahiran early-prevention)
PROGRAM DIRUMAH SHIQAL

  • rawatan ketagihan.
  • kaedah mengekalkan kepulihan
  • bantuan khidmat nasihat sepanjang hayat.

AKTIVITI

  • keagamaan/kelas bimbingan
  • sokong bantu/motivasi
  •  terapi kerja/amalan kehidupan sihat.
  • khidmat nasihat/kaunseling.
LAIN LAIN KEMUDAHAN

  • tempat tidur/cadar/selimut/bantal(2)  (untuk 10 orang residen)
  •  television/astro/DVD
  •  mandi wap.
  • mandian air panas.
  •  makan disediakan - sarapan/10.00 pagi/tengahari/minum petang/malam/minuman sebelum tidur.

Wednesday, October 8, 2014

KAEDAH 12 JALAN MENUJU KEPULIHAN SHIQAL .......1

FAKTA SEBENAR TENTANG RAWATAN PEMULIHAN DADAH

  1. Tiada penyembuhan ( rawatan khusus ) dalam penagihan hanya kaedah untuk mengekalkan kepulihan.
  2. Bersihkan diri dari dadah dari hari kehari (one day at the time) tanpa pilihan dengan melazimkan diri.
  3. Kemampuan pada diri sendiri sahaja tidak mencukupi, sokongan rakan rakan sebaya yang mempunyai masaalah yang sama penting dalam proses menghindari dari dadah secara kekal.
  4. Apa yang perlu hanyalah mencari kaedah yang betul.

APAKAH KAEDAH 12 JALAN MENUJU KEPULIHAN RUMAH SHIQAL ?
  1. Satu jemaah (peer-help movement) dimana bekas penagih membantu 'recovery' kepada penagih yang ingin kepada pemulihan.
  2. Tidak memilih agama, keturunan, bangsa, fahaman politik serta darjat.
  3. Berdiri sendiri tanpa bergantung pada kumpulan kumpulan yang lain.
  4. Tujuan utama hanyalah untuk berkumpul mengikut jadual semata-mata menguatkan diri masing-masing dari penggunaan dadah dengan kaedah yang betul..
  5. Ia dilakukan dengan sukarela, hati yang terbuka untuk mengubah tingkahlaku (tabiat) supaya tidak terjerumus kembali kepada dadah.
  6. Berpegang pada kebanyakan penagih tidak dapat melakukan berseorangan dan memerlukan pertolongan serta sokongan dari mereka-mereka yang pulih sebagai panduan.

APAKAH TUJUANNYA?

  1. Membentuk jemaah (sokong bantu/ ikhwani)
  2. Mengelak dari pengambilan yang pertama (first call) dan seterusnya terjebak kembali.
  3. Jangan terlalu jauh berfikir, fokuskan pada diri sendiri dulu untuk elak dari mengambil dadah satu hari demi satu hari.
  4. Merangka tindakan demi kemajuan lebih penting dari kesempurnaan.
  5. Tidak mengharapkan pada kesempurnaan recovery, terjerumus sementara  (slips) bukanlah sesuatu isu, berbanding dengan perkara yang akan mereka lakukan apabila berlaku ‘slips’. 
11 PRINSIP RUMAH SHIQAL

1.        KEBAJIKAN BERSAMA PERLU DIUTAMAKAN.
2.        PERTOLONGAN ALLAH MENJADI KUNCI KEPULIHAN.
3.        KEAZAMAN UNTUK PULIH DAN KEKALKAN KEPULIHAN.
4.        MENJAGA KEPULIHAN ADALAH SEPANJANG HAYAT.
5.        JUJUR, AMANAH, TANGGUNGJAWAB, IKHLAS (JATI) MENJADI TERAS AMALAN SETIAP JEMAAH.
6.        KEPULIHAN PERIBADI BERGANTUNG PADA KEKUATAN JEMAAH.
7.        SAMPAIKAN PESANAN KEPULIHAN PADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.
8.        TIADA KEPENTINGAN PERIBADI SELAIN MEMBANTU MEREKA DALAM KEPULIHAN.
9.        TIDAK TERLIBAT  DALAM APA JUA PERTIKAIAN UMUM.
10.    BERKHIDMAT SERTA MENJAGA KEPULIHAN MENJADI DASAR PERJUANGAN.
11.    SENTIASA BERINGAT AGAR MELETAKKAN PRINSIP INI MENDAHULUI KEPENTINGAN PERIBADI.

BAGAIMANA IA SHIQAL BERFUNGSI ?
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya. “ (Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At-Tirmidzi )
- menyentuh dan memperbaiki akhlak.
- menyedarkan diri dari sifat sifat negatif kepada positif
- melazimkan tingkahlaku positif
- membina kesempurnaan akhlak 

7 ASPEK PENERAPAN 
  1.  BERKONGSI SATU MASAALAH.
  2. MENJADI CERMIN PADA SETIAP AHLI.
  3. HAMPIRKAN DIRI PADA YANG ESA.
  4. MENANAM SEMANGAT PADA SETIAP AHLI.
  5. MERUBAH GAYA HIDUP.
  6. MELETAKKAN IMEJ* SEBAGAI TERAS.
  7. YAKIN BOLEH.

*  I = IMAN ;     M = MINDA ;     E = EMOSI ;     J = JASMANI

APA ITU IMEJ? 

IMAN (Kerohanian)
  • Sentiasa merasai kekuatan dan harapan untuk melawan penagihan dadah.
  • Kekuatan iman dan sentiasa yakin bahwa Tuhan akan menolong kita.
  • Menerima hakikat segala tingkahlaku semasa mengambil dadah (character defect) telah menyusahkan dan menganggu orang lain termasuk keluarga. 

MINDA (Kognitif)
  • Perlu faham bahwa cara pemikiran kita telah di’ubahsuai’akibat dadah.
  • Mempunyai masaalah penolakan ‘denial’dalam cara pemikiran kita menyebabkan kita terus mengambil dadah tanpa melawan cubaan untuk mengambil dadah.
  • Kita perlu melihat kesan negatif disebabkan dari pengambilan dadah. Kesan negatif ini boleh dilihat dari aspek fizikal, sosial, undang-undang, psikologi, kewangan dan kerohanian. 

EMOSI (Perasaan)
  • Perlu memahami bagaimana 12 teras melihat peranan emosi serta bagaimana emosi boleh membantu dalam proses menidakkan dadah.
  • 12 teras perlu dipraktikkan untuk mengendalikan emosi agar dapat mengurangkan risiko pengambilan dadah.

JASMANI (Kelakuan/Behaviour)
  • Menerima hakikat bahawa keinginan untuk mengambil dadah begitu kuat kuasanya sehingga mengelirukan daya pemikiran kita. Ia telah mempengaruhi cara hidup (kelakuan/perangai) kita dan menyebabkan ‘relapse’ melainkan kita mengubah cara hidup tersebut.
  • Pertolongan sokong bantu (12 teras) diperlukan dengan menggunakan prinsip-prinsip serta kaedah tertentu sahaja boleh membantu untuk mengubah cara kelakuan kita.
  • Setiap dari kita perlu berusaha serta proaktif dalam 12 teras ini supaya dapat meneruskan keupayaan kita dalam membersihkan diri kita sendiri.

NOTA;
kesemua catitan diatas diambil dari risalah serta metode yang diamalkan diRUMAH SHIQAL. Ia adalah dari penyelidikan dan usaha para ikhwani (mereka yang kekalkan kepulihan) bersama RUMAH SHIQAL. Risalah 'siapa seorang penagih','risalah putih','tanggungjawab seorang ikhwani','12 jalan menuju kepulihan','panduan bakal ibubapa (lahirnya mereka)' dan 'kami ingin membantumu' antara penulisan yang sedang rancak diusahakan, insyallah akan diterbitkan. Inilah mungkin usaha dakwah setakat yang kami mampu. Doakan kejayaan kami. Amin
HIJRAH BERSAMA MASYARAKAT PENYAYANG

Sunday, September 28, 2014

JAWAPAN SAYA PADA YANG KOMEN

Salam buat semua,
Mulanya saya ambil sikap tidak peduli dengan komen komen negatif dari mereka yg memberi komen negatif pada RUMAH SHIQAL ini, Namun saya agak terpanggil untuk menjawab bukan tujuan 'nak mempertahankan diri' maupun nak menafikan apa yang dikomen. Cuma 'mereka' yang memberi komen itu lebih dari bersikap 'jari telunjuk menunjuk, jari kelingking dok mengait', itu yang dapat saya gambarkan pada mereka yang memberi komen atas nama "anoynomous" ini..... Sebelum itu saya copy pastekan komen komen mereka ini....
KOMEN 1
"Pusat ni langsung tak membantu. Bayar RM600 sebulan tapi biar budak kat dalam tu tanpa pengawasan. Budak blh keluar masuk sesuka hati. Pemulihan apa macam tu. Bila ditanya, diaorg cakap biar budak tu alami pemulihan sendiri. Makan pun budak masak sendiri. So apa fungsi korang? Bila budak ketagih balik, hantar budak masuk lokap polis, tanpa maklumkan langsung kepada ibu bapa. Inilah pusat pemulihan yang paling BODOH yang aku pernah tau" 21/8/14
KOMEN 2
PUSAT INI MENIPU..
AMBIL DUIT PENDAFTARAN..
LEPAS TU TUDUH MENCURI..REPORT POLIS KES URIN..CONFIRM KENA TAHAN.. DUIT PENDAFTARAN LEBUH..DUIT PELATIH JUGA LEBUH..
BUAT RUMAH SHIQAL..TAPI TAK PENGAJA..
BODOH PUNYA KERJA..SAH2 LAH PENAGIH TU AKAN BUAT APA SAJA BILA KETAGIH...KALAU USTAZ TU BOLEH JUAL DNG2 USTAZ TU KENA REMBAT..LAIN KALI NAK BUKA PUSAT MESTILAH ADA PENGETAHUAN...NK TINGGAL ROKOK PUN SUSAH NI KAN PULA DADAH..GUNA OTAK LA SIKIT...KALAU SENANG2 NAK PULIH SENDIRI TAK PERLU LAH KELUAR DUIT BANYAK2 ANTAR PI SANA..KALAU TAK TOLONG PULIHKAN...
19/8/14
KOMEN3
Jangan mudah terpadaya dengan pusat ini...
penangih tidak diberi sebarang rawatan sama ada emosi atau fizikal...
dibiar dan tidak dikawal..
tiada penjaga dipusat tersebut..
penagih dibiar keluar sesuka hati..
tanpa kawalan.
Wang pendaftaran mahal..tapi masuk tengok sendiri..
penagih tak dirawat..
nk makan kena masak sendiri..
lauk semata saja...dari pagi sampai petang...
ternyata tempat ini langsung tak berfungsi..hanya menghabiskan duit mak bapak saja...
lebih baik antar pusat sehenti..
kalau betul2 tempat ini berkesan.. pasti yg dok lama kat situ dah pulih...tpi kenapa masih menagih....rugi saja kena bayar 500 sebulan utk rawatan tambahan...
19/8/14
saya boldkan semua tuduhan beliau untuk senang saya jawab,
1. tanpa pengawasan
dalam fasa pertama (40 hari) mereka sememangnya tidak dibenarkan keluar dari kawasan, kerana dikawal oleh mereka yang lama. Antaranya residen residen yg telah melalui fasa kedua & ketiga. 
Dalam kes ini sebenarnya penulis komen ini (sememangnya kita ketahui) tidak mengerti konsep pemulihan yang kita jalankan kerana semasa adik beliau mula mendaftar, beliau tiada, sedangkan penerangan telah diberikan kepada setiap ahli keluarga. 
2. biar bdk tu alami pemulihan sendiri
aik, ini pelik, sekiranya ini yang kami jalankan sudah tentu dah lama budak tu cabut lari, tp kenapa bdk tu (adik beliau) tinggal disini 4 bulan lebih?
3. masak sendiri
bkn masak sendiri, tapi secara berjemaah, menyediakan "taam" sebenarnya adalah satu kerja mulia kerana menyediakan "taam" bagi golongan yang sedang berjuang melawan nafsu. dan mereka ini sebenarnya digalakan makan setalam. Ini juga telah kita terangkan pada setiap ahli keluarga tanpa bantahan.
4. hantar masuk lokap tanpa maklum kepada ibubapa
Sudah 6 tahun kita beroperasi, tiada rekod dimana kita mengantar walaupun seorang ke lokap polis, malahan kita jamin dan bantu memang banyak. Dalam kes bdk ni, dia MENCURI!  Ini kes lain, dan bila di soal siasat sememangnya bdk ini terlibat. dan kita juga udah maklumkan kepada ayah beliau pada hari tersebut.
5. repot polis kes urin
sebenarnya pihak polis yang buat urin keatas bdk tu, bkn kita. Ini mungkin disebabakan bdk tu udah ada rekod.
6. tak pengaja
hmmmm, mungkin maksudnya tiada penjaga. Lagi sekali beliau tidak paham langsung apa itu pemulihan dan apa itu tahanan. 
SEBENARNYA BELIAU BEGITU NAIF APA MAKSUDNYA PEMULIHAN! DISINI BELIAU SEPATUTNYA PERLU SEDAR PERBEZAAN ANTARA PEMULIHAN DAN TAHANAN. PEMULIHAN BERERTI SESEORANG ITU DATANG DISEBABKAN BELIAU HENDAK DIRAWAT DAN DIPULIHKAN. SEBAGAI CONTOH, APABILA SESEORANG ITU MENDAPATI IA SAKIT, MAKA IA AKAN MENCARI INSTITUSI UNTUK MERAWAT BELIAU SEHINGGA SEMBUH, DAN ATAS KESEDARAN INILAH BELIAU AKAN BERUSAHA UNTUK DISEMBUHKAN. TAPI AMAT MALANG SEKALI BAGI KES INI, BELIAU SEBENARNYA DATANG BUKAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN, TETAPI DATANG ATAS SEBAB SEBAB TERTENTU ANTARANYA, 1. INGIN BERJAUHAN DARI KELUARGA, ALASANNYA KELUARGA TIDAK AKAN DAPAT TAHU SITUASI SEBENAR. 2. MUDAH MENDAPATKAN DUIT BELANJA SEBAB BERJAUHAN DARI KELUARGA. 3. KENAKALANNYA TIDAK DAPAT DIHIDU OLEH KELUARGA. BAIKLAH, SEBENARNYA BELIAU INI TELAH SAYA TANGKAP BEBERAPA KALI KERANA TERLIBAT DALAM AKTIVITI NEGATIF TETAPI ATAS ALASAN BELIAU BERIKAN INGIN MEMPERBAIKI DIRI, MAKA SAYA MAAFKAN, DAN MASIH MEMBERI PELUANG. YA, BELIAU BEBAS DAN TIDAK DISEKAT KEBEBASANNYA KERANA BELIAU TELAH MASUK KE FASA KE 2. SELEPAS RAWATAN INTENSIF SELAMA 40 HARI. BELIAU DIBERI 'TANGGUNGJAWAB' MENJAGA MEREKA YANG BARU. SEKALI LAGI AMAT MALANG SEKALI 'HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI' , BELIAU PULA YANG 'TOLONG' BELIKAN PULA UNTUK MEREKA YANG BARU MASUK! SATU KES YANG INGIN SAYA CERITAKAN DIMANA BELIAU 'PAKSA' SEORANG RESIDEN ITU UNTUK MENGHISAP (KEBETULAN RESIDEN BARU ITU ADALAH ANAK KEPADA SEORANG PENGHULU) LAPURAN POLIS TELAH DIBUAT OLEH PENGHULU ITU! APA YANG TERJADI BELIAU TELAH DITANGKAP DAN DILOKAPKAN ATAS SEK 6. TAPI ATAS SEBAB INGIN MELIHAT BELIAU BERUBAH SAYA JAMIN BELIAU DARI LOKAP. TAPI RUPA RUPANYA BELIAU MASIH TIDAK INSAF, SIAPA YANG BOLEH TAHAN LAGI SEHINGGAKAN WAYAR LETRIK DISURAU DAN BAHAGIAN ATAS RUMAH HABIS DISAPU OLEH BELIAU BERSAMA DUA RAKAN SUBAHATNYA? SEBELUM ITU BUDAK INI JUGA TERLIBAT DENGAN MENCURI MESIN RUMPUT, PERIUK NASI YANG BESAR TU, GERGAJI LETRIK DAN BANYAK LAGI....... PERNAH SAYA SURUH BELIAU BALIK SAJA, NAMUN BELIAU ENGGAN ATAS ALASAN "TOLONG BERI BELIAU PELUANG".......(BERAPA BANYAK PELUANG YANG HARUS SAYA BAGI?) 
SEKARANG KITA BALIK KEPADA "APA ERTI PEMULIHAN ?"
PEMULIHAN DADAH INI LEBIH BERSIFAT HOLISTIK. IA BUKAN SEKADAR PULIH DARI KETAGIHAN SAJA. ANTARA CABANG CABANG PEMULIHAN ADALAH TERDIRI DARI 4 ASPEK UTAMA. ANTARANYA IMAN, MENTAL, EMOSI & JASMANI (IMEJ). SAYA CUBA MENGAJAR MEREKA BERPANDUKAN PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PENAGIH DADAH SELAMA HAMPIR 29 TAHUN (1978-2007) SEUSIA 13 TAHUN HINGGA USIA SAYA MENJANGKAU 42. SAYA ADALAH PENAGIH TEGAR JENIS HEROIN DARI MULA LAGI, BUKAN DARI GANJA ATAU SEBAGAINYA. DAN DALAM MENJAGA KEPULIHAN SAYA INI SAYA PRAKTIKKAN 12 JALAN MENUJU KEPULIHAN (SEDANG SAYA BUKUKAN). BUKAN SATU PERKARA YANG MUDAH UNTUK KEKAL BERSIH, IA MEMERLUKAN AZAM YANG TINGGI, ILMU DAN YANG PENTING SEKALI ADALAH MEMPRAKTIKKANNYA. 
AMALAN ADALAH SATU SATUNYA JALAN UNTUK KITA MEMPRAKTIKAN KEPULIHAN KITA, SEBAB ITU KITA MEMBERI TUGASAN SEBAGAI 'TANGGUNGJAWAB' UNTUK MEMBINA JATI DIRI. ANTARANYA, TERAPI-KERJA, MEMBERSIHKAN KAWASAN LUAR DAN DALAM, BAHAGIAN TANDAS JUGA TERMASUK MEMASAK UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN SECARA BERGILIR GILIR. ADAKAH SKOP TERAPI-KERJA INI SALAH? ADAKAH UNTUK BELAJAR BERTANGGUNGJAWAB INI SALAH? MEMBERI KESEDARAN BETAPA IBU IBU KITA YANG SABAN HARI MEMASAK UNTUK KITA BAGI SAYA ADALAH SESUATU YANG AMAT BERHARGA UNTUK KITA KENANGKAN DAN MERASAI BETAPA SUKARNYA IBU IBU KITA YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMASAK UNTUK KITA. 
"TIADA PENJAGAAN...." DAKWA BELIAU, PENJAGAAN YANG BAGAIMANA MAKSUD BELIAU? PENJAGAAN SEPERTI PENJARA KE...ATAU PENJAGAAN SEPERTI PUSAT SERENTI? KALU ITU YANG DIMAKSUDKAN JANGAN LA DATANG KE PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN. INI KERANA MEREKA DATANG ATAS TIKET SUKARELA. BUKAN ATAS TIKET TANGKAPAN MAUPUN ATAS PERINTAH MAHKAMAH! NAK PULIH OKEY KITA ALU ALUKAN, TAPI KALAU DATANG ATAS SEBAB SEBAB YANG LAIN.....,PAYAH LE. ORANG YANG MACAM NIE SEPATUTNYA CUKUP 40 HARI BALIK JE. TAK USAH WAYANG WAYANG LAGI, ABISKAN DUIT IBUBAPA AJE.....
LAGI SATU YANG INGIN SAYA SENTUH JUGA DISINI, SAYA JUGA INSYALLAH, BERJANJI AKAN MEMBANTU MEREKA SEPANJANG HAYAT MEREKA JIKA MEREKA BENAR BENAR INGIN MENCARI KEPULIHAN. TERLALU BANYAK YANG SAYA LAKUKAN PADA MEREKA INI YANG TIDAK DICERITAKAN PADA KELUARGANYA. SAYA FAHAM, SUDAH TENTU BUDAK INI AKAN CUBA MENCERITAKAN PERKARA PERKARA BURUK PADA KELUARGANYA HANYA SEMATA MATA INGIN MENEGAKKAN BENANG BASAH. INI JUGA KITA FAHAM ADALAH SALAH SATU SIKAP PENAGIH YANG KITA PANGGIL BLAMING OTHERS (MENYALAHKAN ORANG LAIN SEMATA MATA UNTUK MENUTUP KESALAHAN SENDIRI). YA SAYA BUAT LAPURAN POLIS BUKAN ATAS SEBAB BELIAU MENAGIH, TETAPI ATAS SEBAB PECAH AMANAH DAN MENCURI........
SEBELUM SAYA AKHIRI ULASAN SAYA INI, SAYA INGIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN PADA MEREKA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM USAHA SAYA INI BAGI MEMBANTU MEREKA YANG TERBABAS, INI BUKANLAH PERTAMA KALI SAYA MENDAPAT CACIAN MALAHAN BERPULUH SMS PERNAH DIHANTAR PADA SAYA DENGAN SERIBU KATA KATA KESAT. BERMACAM MACAM PANGGILAN BERBENTUK UGUTAN PERNAH SAYA TERIMA TANPA MENGIRA WAKTU DAN MASA. KERETA SAYA DICALAR, CERMINNYA DIPECAHKAN, NAMUN BAGI SAYA INILAH ASAM GARAM YANG PERLU SAYA TEMPUHI DEMI ATAS NIAT SAYA UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG BENAR BENAR INGINKAN KEPULIHAN. SAYA SEDAR SAYA HANYA INSAN BIASA TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN, SAYA TIDAK DAPAT MEMUASKAN HATI SETIAP INSAN TETAPI, ALHAMDULILLAH, ADA JUGA MEREKA YANG BERJAYA DAN KAMI SENTIASA BERHUBUNGAN SEHINGGA SEKARANG! ANGGAPLAH SEMUA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH JUA DAN YANG LEMAH SERTA MENYINGGUNG PERASAAN TUAN/PUAN ITU ADALAH ATAS KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI. DAN SELEPAS INI SAYA TIDAK AKAN LAGI MELAYAN KOMEN KOMEN YANG BERSIFAT DENDAM DAN PERIBADI...., BAGI SAYA MEREKA MEREKA INI TIDAK FAHAM APA ERTI PERJUANGAN DAN APA ITU PENGORBANAN, WALLAHUALAM.




Friday, September 26, 2014

APA ITU SYABU.....



syabu adalah nama panggilan (street name) sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "Methamphetamine hydrochloride". "Syabu" berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:- ice, glass, batu, crack.
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
 C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
Kesan syabu pada kesihatan

1. Mental dan emosi: 
Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

2. Kepala: 
Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

3. Fizikal: 
Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

4. Saraf: 
Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

5. Jantung dan salur darah: 
Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.


6. Perut dan sistem penghadaman: 
Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

7. Sistem peranakan (wanita): 
Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

8. Sistem seksual: 
Sistem seksual terganggu.

Kesan jangka pendek:-
  • Khayalan atau halusianasi pada penglihatan dan pendengaran;
  • Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  • Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi.
  • Tidak tidur beberapa hari.
  • Agresif 

Kesan jangka panjang :-
  • Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  • Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  • Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  • Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  • Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  • Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.



APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU? .

Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pejara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.
  
Di bawah Pindaan ini -

Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.

Saturday, August 16, 2014

Ceramah motivasi kepada ahli keluarga pelatih di CCRC Batu Kurau

Pada 29/5/2014 ceramah motivasi kepada kaum keluarga pelatih di CCRC Batu Kurau. Sekadar berkongsi pengalaman serta memberi sedikit motivasi sesungguhnya seseorang penagih dadah itu kembali ke pangkuan agama, masyarakat dan negara, Insyaallah. Terima kasih buat Tn. Tajol Arifin dan semua kakitangan CCRC.





ANTARA REALITI DAN MYTHOLOGI.......1

Satu perkara yang perlu kita lihat sebagai masyarakat yang bertamadun adalah isu isu yang berbangkit semestinya berlandaskan pada bukti. Bukti bukti ini pula perlulah berasaskan pada hujah hujah yang kita perolehi daripada kajian, siasatan dan fakta yang perolehi daripada pengalaman serta penyelidikan yang dijalankan melalui 'try and error' dan 'research and develoment'.
Antara isu yang ingin dibangkitkan disini adalah satu subjek yang kerap diperkatakan oleh masyarakat kita mengenai penyakit sosial "PENYALAHGUNAAN DADAH" dikalangan masyarakat kita khususnya golongan remaja.
Terdapat berbagai bagai pendapat dan pandangan serta kaedah samada dari sudut kesedaran, punca, rawatan, pencegahan, hukuman mahupun pemulihan, ianya tetap menjadi masalah sosial yang berlarutan dari awal tahun 1960an sehinggalah sekarang (2014)! Pendapat serta pandangan ini datang samada dari golongan elit sehinggalah kepada golongan bawahan.
Bagi pandangan saya, perkara yang sering kita lupai adalah faktor faktor yang mempengaruhi 'mind set' masyarakat kita. Jelas sekali, masyarakat kita ini yang penuh dengan budaya, adat serta sopan santun serba sedikit telah mencorak pemikiran kita. Apabila diteliti, antara perkara perkara yang berlandaskan pada fakta seringkali dimanupulasi oleh pemikiran orthodoks yang mengelirukan. Maka, akan timbullah fahaman fahaman feudal yang menjadikan sesuatu isu itu dari REALITI kepada MYTHOLOGI !
Disini saya ingin sentuh beberapa perkara yang bersangkutan PENYALAHGUNAAN DADAH yang mana REALITI dan apa itu MYTHOLOGI........!
A. RAWATAN
     1. Boleh dirawat dengan bomoh ke?
Tidak, pengguna dadah ini sebenarnya telah membentuk saksyisah yang tersendiri dimana cara mereka berfikir dan bertindak adalah 'survival' mereka dalam alam penagihan telah menjadikan mereka ini lebih mempercayai diri sendiri dan hidup semata mata atas 'animal instinct' yang dibentuk selama mana mereka terlibat dengan dadah. Oleh itu, mereka ini hanya boleh dirawat dengan kaedah 'support group' yang lebih mereka percayai. Mereka perlu mengubah cara pemikiran, cara tindakbalas dan perlu mengamalkan sifat sifat positif.
     2. Boleh pulih ke?
Tidak, ia tidak dapat dipulihkan kerana kepulihan mereka adalah sepanjang hayat. Ini bermakna, sifat 'animal instinct' ini sebenarnya sentiasa ada dalam jiwa mereka, tetapi ia boleh dikawal dengan berbagai cara;
        a. abstain (menjauhkan diri dari pengaruh dadah.
        b. berada dalam kelompok sokong bantu.
        c. ilmu pemulihan seperti kaedah '12 langkah menuju kepulihan' atau NA dll.
   3. Ada tempoh jangka rawatan ke?
ok, soalan ini selalu mengelirukan kebanyakan keluarga. Realitinya, untuk merawat fasa ketagihan fizikal, sememangnya tidak lama bergantung pada jenis, jumlah dan berapa lama pengambilannya, Ia hanya mengambil masa dari 3 hingga 10 hari sahaja. Ketagihan mental pula akan mengambil masa antara 4 hingga 1 tahun dan kerosakan akhlak atau sosialnya pula memerlukan rawatan/ terapi  berterusan sepanjang hayatnya.
   4.  Hantar ke pondok belajar agama.
Hmmmm, ini lagi satu mythologi yang kebanyakan dari kita mempercayainya. Sebenarnya dengan mendalami ilmu agama saja tidak mencukupi. Apabila mereka ini terlibat dengan 'substance abuse', perkara pertama yang harus diambil tindakan ialah merawat penyakit itu dahulu. Sudah tentu tempatnya bukan di tempat tempat pengajian agama! Tetapi memang digalakan apabila sekurang kurangnya mereka dapat mengawal penyakit 'dadah' itu dulu barulah belajar agama sebagai salah satu 'pendinding' mereka.

dan banyak lagi, mungkin akan disambung dalam siri ke2.





















Thursday, August 14, 2014

LAWATAN DARI SKUAD 1 MALAYSIA, KULIM

MEMBUAT LAWATAN KE RUMAH SHIQAL PADA 26/2/2014

penerangan dari pengasas

sessi bergambar

bersama pengerusi skuad 1 Malaysia, Kulim

berkongsi pengalaman bersama peserta dihadiri pegawai AADK LMS

Wednesday, April 16, 2014

Sesi Sharing Bersama Residen Terdahulu...

Sesi Sharing (perkongsian) adalah salah satu program pemulihan yang amat dititik beratkan didalam 'Rumah Shiqal' dimana setiap residen semasa sesi ini diberikan ruang untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati tentang diri mereka sendiri ataupun pengalaman tentang diri sendiri yang ingin dikongsi ramai..

 Sesi Sharing kali ini adalah dengan kehadiran Sdr. Razali yang baru tamat kontrak sebagai PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) di sebuah CCRC (Cure & Care Rehabilitation Centre) di Karangan,Kedah.

 Sdr. Razali adalah salah
seorang residen Rumah Shiqal pada 2009 ~ 2010 
Beliau menceritakan pengalaman pemulihan beliau
kepada Residen Semasa Rumah ShiQal
Setiap Residen diberi ruang untuk bertanya kepada beliau

Suka-duka dalam pemulihan dapat dikongsi bersama didalam sesi ini.

Saturday, February 8, 2014

FAMILY ASSOCIATION

Pada 2/2/2014 Rumah Shiqal telah menganjurkan program bersama keluarga.




Walaupun program ini diadakan dengan serba kekurangan, namun kami warga Rumah Shiqal merasa amat bangga sekali kerana ia adalah anjuran ikhlas dari kami. Terima kasih kepada ahli ahli keluarga yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. 

Wednesday, January 15, 2014

HIJRAH BERSAMA KOMUNITI PENYAYANG 2014


Jemaah RUMAH SHIQAL 2014. 
Rasanya belum terlambat untuk kami ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014". Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada kaum keluarga kami yang berada jauh dengan harapan semoga dalam peliharaan ALLAH swt dan sihat sejahtera hendaknya, Amin.
Bagi kami disini amatlah menghargai segala usaha ayah ibu abang kakak amnya seisi keluarga kerana tidak pernah berputus asa dalam usaha membantu kami agar kembali menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam kesempatan ini juga kami berazam biarlah pada 2014 ini menjadi titik permulaan buat diri kami untuk kami mulakan kehidupan yang lebih bermakna buat kita semua. Doakanlah atas usaha kami ini.
Biar pun kami datang dari berbagai bagai negeri, daerah serta kampung namun matlamat kami hanya SATU. MENJADI INSAN YANG BEBAS DARI DADAH ! 
Buat teman teman senasib, kami sentiasa mengiringi kalian dengan doa dan harapan agar bersama sama dalam perjuangan ini, kerana masih ada yang sayang......
Akhir kata, DEMI KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN INI, PENGHIJRAHAN ITU ADALAH SESUATU YANG DITUNTUT, MENCARI KEKUATAN DENGAN KECEKALAN PENGORBANAN YANG HAKIKI......., sekian. Terima Kasih. 

Tuesday, October 22, 2013

program diskusi 12 langkah

22/10/13, selasa
dari kiri sdr Meor, Adni, Luqman, Aziz, Zaki & Sham

PSQTP telah menganjurkan satu program 'diskusi 12 langkah KSB' oleh sdr. Aziz Hashim bertempat di tingkat atas rumah Shiqal. Program yang dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pg itu terpaksa di lewatkan sedikit atas permintaan perserta dari CnC Kangar yang dijangka tiba pada 10 pagi. Program berjalan lancar dimulai oleh ucapan pemangku pengerusi PSQTP sdr. Dr. Zul Zakiyudin Rashid.
Sdr. Aziz Hashim dengan berbesar hati telah datang atas sifat membantu rumah Shiqal telah sudi datang sebagai penyampai utama dalam program itu. Beliau yang berasal dari Johor dan menetap di Singapura adalah seorang pegawai kebajikan dalam Hira Society (Singpore). Pengalaman belaiu sebagai NA members(Singpore) selama 4 tahun memegang jawatan 'chairperson' 2004-2008, fellowship Development team Asia Pasific hingga sekarang. Pernah ke Pakistan dan Maldives dan mewakili Singpura ke AFP(Asia Pasific Forum) serata Asia.
Dengan kehadiran seramai 30 orang peserta terdiri dari pengguna pengguna dadah, residen rumah Shiqal, pegawai AADK dan AJK persatuan, diharap dapat meningkatkan lagi aktiviti aktiviti rumah Shiqal dimasa depan.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM 





Tuesday, October 1, 2013

12 JALAN MENUJU PEMULIHAN (TWELVE ROUTES TO RECOVERY) IX

Langkah Lima 

“We admitted to God, to ourselves, and to another human being the exact nature of our wrongs.”
BersaksikanNya, diri sendiri dan juga kepada insan lain; mengakui kesalahan yang kami lakukan. Aku perlu mengukuhkan kembali perpaduan sesama insan dengan berpegang pada prinsip takaful.


Imam Hasan Al Banna mengatakan, “Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekokoh-kokoh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan persatuan; tidak ada persatuan tanpa cinta kasih; minimal cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimalnya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”
Beliau menetapkan tiga tiang ikatan ukhuwah, yakni ta’aruf, tafahum, dan takaful. Tentang ta’aruf, saling mengenal, beliau menasihatkan untuk saling mengenal dan saling berkasih sayang dengan ruhullah, menghayati makna ukhuwah yang benar dan utuh di antara sesama anggota, berusahalah agar tidak ada sesuatu pun yang menodai ikatan ukhuwah, dan menghadirkan selalu bayangan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadits tentang ukhuwah.
Tentang tafahum, saling memahami, beliau berpesan bahwa ia adalah tiang kedua dalam ukhuwah. Beliau menasihati untuk istiqamah dalam manhaj yang benar, menunaikan apa-apa yang diperintahkan Allah kepadanya, dan tinggalkan apa-apa yang dilarang, melakukan evaluasi diri dengan evaluasi yang detail dalam hal ketaatan dan kemaksiatan, setelah itu bersedia menasehati saudaranya yang lain begitu aib tampak padanya. Hendaklah seseorang menerima nasehat saudaranya dengan penuh rasa suka cita dan ucapkan terima kasih padanya.
Tentang takaful, saling menanggung beban, yang merupakan pilar ketiga, beliau berpesan agar saling memikul beban sebagian yang lain. Demikian itulah fenomena konkret iman dan intisari ukhuwah. Hendaklah sebagian dari mereka senantiasa bertanya kepada sebagian yang lain (tentang kondisi kehidupannya). Jika didapatkan padanya kesulitan, segeralah memberi pertolongan selama ada jalan untuk itu, serta menghadirkan di dalam benak tentang hadits-hadits tentang tolong menolong dan fadhilahnya.
Tingkatan tertinggi dalam berukhuwah adalah itsar, yakni mendahulukan kepentingan saudaranya di atas kepentingannya sendiri.
(Dr.Abdul Halim Mahmud menyebutkan tahap tahap ukhuwah sebagai berikut: ta’aruf (saling mengenal), ta’aluf (saling bersatu),tafahum (salingmemahami), ri’ayah atau tafaqud (perhatian), ta’awun (saling membantu) dan tanashur (saling menolong)).  
         
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)

Takaful adalah intipati langkah kelima. Ia adalah kunci kepada kebebasan. Ia membolehkan aku untuk hidup ‘bersih’ hingga kini. Sebenarnya berkongsi sifat kesalahan sendiri dapat membebaskan diri untuk menikmati kehidupan ini. Langkah kelima ialah dimana aku harus berusaha membetulkan akhlakku pula. Aku diberitahu bahawa jika aku terus dengan perangai lamaku, ia akan membawa aku kembali kepada penagihan. Berpegang pada masa lalu akan membuatkan aku ‘sakit’ dan menjauhkan aku dari mengambil bahagian dalam cara hidup baruku. Konsep takaful ini memerlukan kejujuran. Jika tiada kejujuran, ​​ kesannya pasti sama sahaja seperti kehidupan dimasa lalu.
Takaful adalah satu kaedah dimana kita saling menanggung beban bersama, yang merupakan salah satu tunjang iman dan intisari ukhuwah. Apabila kita mengaku kepadaNya, kepada diri sendiri dan manusia yang lain tentang punca sebenarnya kesalahan diri kita, bermakna kita mulai melihat kesalahan diri sendiri. Setelah mengkaji corak tingkah laku kita, dan mula melihat aspek-aspek yang lebih mendalam tentang penyakit kita, barulah kita bersama ahli ahli berkongsi secara telus.

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Ali-Imran  [160]
Dia akan bersama kita

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [At-Taghabun:11].

Kita akan menerima bantuan dan bebas untuk menghadapi diri kita dan manusia lain. Dia maha mengetahui,
Walaupun bagaimanpun, kita perlulah berusaha, Kita perlu menyatakan sendiri akan perbuatan masa lalu kita dengan diri kita sendiri supaya ia benar benar berkesan. Perlu diingat takaful bukan sekadar ucapan sahaja…….
Bertahun lamanya aku mengelak dari melihat kebenaran tentang diri sendiri. Aku malu dan berasa terasing. Kini aku tidak malu lagi, dengan takaful aku sanggup menghadapi dan mengakuinya. Ia agak tragis apabila aku dapat menulis dan keluarkan kesemuanya untuk dibenamkan. Akhlak buruk ini akan binasa dalam pancaran cahaya pendedahan…


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah :153) 
Sebelum ini, aku merasakan bahawa tiada siapa yang dapat memahami perkara-perkara yang telah aku lakukan. Aku takut bahawa jika aku mendedahkan identiti sebenar, pasti akan ditolak. Kebanyakan penagih tidak selesa tentang perkara ini. Aku sedar ia tidak realistik, tapi mereka yang bersama program ini akan faham.
Penting untuk berhati-hati memilih orang yang mendengar langkah kelima ini. Kita mesti memastikan bahawa mereka tahu apa yang kita lakukan dan mengapa kita melakukannya. Sebab itu konsep ukhwah yang terbina atas elemen ta’aruf, tafahum dan takaful ini perlu dalam kita menjalani langkah kelima ini. Walaupun tiada peraturan tertentu tentang orang pilihan kita, tapi ia sangat penting untuk kita mempercayai mereka. Hanya keyakinan dalam integriti dan budi mereka boleh membuat kita berkeyakinan. Ada juga diantara kita untuk memilih orang yang tidak dikenali dalam langkah ini. Kita juga tahu hanya yang dapat memahami penagih tanpa ada perasaan prajudis.
Apabila kita sudah bersedia dengan pilihan kita, teruskanlah dengan sokongan dan galakan dari mereka. Kita mahukan ketelusan dan kejujuran kerana kita menyedari ini soal kehidupan ataupun kematian.
Janganlah pula kita cuba menyembunyikan perkara perkara lampau. Ia tidak akan membantu dalam usaha kita mempaebaiki perasaan dalaman kita. Ia tidak mencukupi hanya dengan menulis tentang masa lalu sahaja. Kesilapan ini akan membuatkan kita hilang kemampuan. Langkah ini akan mendedahkan motif dan tindakan kita. Kita tidak boleh mengharapkan perkara perkara ini terdedah dengan sendirinya. Akhirnya kita dapat mengatasi perasaan ‘rendah diri’ dan mengelak dari rasa bersalah dimasa hadapan.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.”  
[Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Jangan berlengah-lengah. Pendirian kita mesti teguh. Kita inginkan nyatakan dengan telus, berani dan pantas, akan situasi ini. Sentiasa ada bahayanya jika kita membesar-besarkan kesalahan kita. Sama bahayanya apabila kita menafikan peranan kita dalam situasi yang lalu. Lagipun, kita masih mahu mencuba seolah olah ‘bunyinya’ seperti didalam kawalan….. 
Penagih sentiasa amat cenderung untuk berahsia. Sedarkah kita, bertahun-tahun kita menutup perasaan rendah diri dengan bersembunyi di sebalik imej palsu yang kita harapkan dapat menipu orang lain. Malangnya, kita menipu diri sendiri. Walaupun kita seringkali muncul menarik dan berkeyakinan secara luaran, tapi hakikatnya dalaman kita adalah sebaliknya. Hipokrasi ini perlu dihapuskan. Takaful mengajar kita untuk menulis dan meluahkan semuanya, tanpa tertinggal satu pun. Laluilah ia dengan jujur ​​dan bertanggungjawab sehingga selesai. Ia adalah bantuan yang amat besar untuk menghilangkan kesemua rahsia kita dimasa silam dan berkongsi beban sesama kita……
Biasanya, apabila kita berkongsi langkah ini, pendengar juga akan berkongsi beberapa kisah beliau juga. Kita akan dapati bahawa kita tidaklah unik. Sebenarnya, langkah takaful ini membuka mata kita bahawa kita boleh diterima dengan seadanya.

Kita mungkin tidak dapat mengingati kesemua kesilapan lalu. bagaimanapun, kita akan tetap berusaha dengan terbaik untuk melengkapkannya. Kami mulai merasai sifat sifat keimanan sebenar. Keyakinan akan timbul dalam jiwa kita akan kebesaranNya. Itulah kemanisan iman yang akan kita semai kelak.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabuut;2)


Inilah ujian awal kita, mendedahkan beberapa corak tingkah laku yang tidak kita gemari. Walau bagaimanapun , menghadapi pola-pola ini dan menyatakan secara terbuka menjadikan kita lebih tegas dalam menguruskannya.
Kita tidak boleh membuat perubahan ini seorang diri. Kita memerlukan bantuanNya serta ahli jemaah kita…..,  
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah :45)