Langkah Empat
“We made a searching
and fearless moral inventory of ourselves.”-NA.
Mendidik tabiat/akhlak diri
sendiri dengan melihat kelemahan diri sendiri. Aku perlu melihat kelemahan diri
dengan cara membina ukhwah melalui prinsip tafahum.
Tafahum ialah persefahaman sesama
kita didalam beramal dan bertindak. Ia membentuk suatu ikatan ukhwah yang
kukuh. Tafahum terbentuk apabila sifat ta’aruf disemai dan dipraktikkan. Dengan
tafahum, mudahlah untuk kita mendidik
tabiat/akhlak diri kita serta menyusun
semula kekeliruan dan percanggahan dalam kehidupan kita sebelum ini, agar kita
mengenali siapa diri kita sebenar. Kita akan mulakan cara hidup baru dan perlu
menghilangkan beban perangkap yang mengawal serta menghalang pencapaian kita.
Apabila kita mulakan langkah ini, kebanyakan dari kita merasa takut, seolah olah
‘seekor raksasa’ akan dilepaskan untuk memusnahkan kita.
Kebimbangan ini boleh menyebabkan kita berbelah bagi atau
mungkin juga menghalang kita daripada mengambil langkah penting ini. Kita dapati
bahawa ketakutan ini berpunca dari kurangnya keyakinan, sedangkan tafahum mengajar kita erti ikatan persaudaraan
serta persefahaman yang utuh demi membina kekuatan diri melalui keyakinan(iman),
kita telah menemuinya! Kita tidak perlu
merasa takut……
Kita renungkan sejenak hadis ini;
Dari Umar ra juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya bertemu lutut Rasulullah saw seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (bila kejadiannya)”. Beliau bersabda:“Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya". Dia berkata: “Beritahukan aku tentang tanda-tandanya“, beliau bersabda: “Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki & dada, miskin & penggembala domba,(kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: "Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian".
Bila kita memperkatakan
tentang iman, ia perlulah beserta dengan ihsan. Ihsan adalah “…… engkau beribadah kepada Allah
seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat
engkau…"petikan dari hadis diatas.
Nah! Ianya bersangkutan dengan keyakinan. Apa yang
perlu aku lakukan adalah; aku menulis kesemua tabiat burukku. Aku
senaraikannya. Kenapa aku menulis? Kerana kita adalah ‘pakar’ dalam penipuan
dan merasionalkan perkara yang tidak rasional. Dengan menyenaraikan segala
keburukan tabiat sendiri, kita boleh mengatasi tabiat ini.
Dengan menyenaraikan tabiat tabiat ini, aku dapat mengingati terus dimana adakalanya aku tidak perasan melainkan aku bercakap tentang soal tersebut. Apabila semuanya ditulis, ia lebih mudah untuk dilihat, dan sukar untuk menafikannya. Aku perlu jujur demi sebuah penilaian kepada cara hidup baruku. Kejujuran adalah salah satu kunci kejayaan……..

Realitinya, apabila aku menagih, aku tidak pernah jujur. Tetapi, aku jujur bila aku mengakui bahawa
ketagihan ini telah mengatasiku dan aku memerlukan bantuan. Ia mengambil masa
yang lama untuk mengakuinya! Aku juga sedar ia tidak akan pulih dari segi
fizikal, mental atau rohani dalam sekelip mata sahaja.
Jangan bimbang, langkah ini
akan membantu aku kearah pemulihan. Aku tidaklah seteruk atau sehebat yang
disangka. Aku agak terkejut bila mendapati terdapat juga tabiat yang baik dalam
diriku ini. Aku yakin tafahum boleh membawa aku
ketitik perubahan dalam kehidupanku…….
Jangan sekali kali menganggap langkah keempat ini seolah-olah ia suatu langkah pengakuan betapa buruknya
sikap kita. Dalam situasi yang baru bagi kita, bermain dengan emosi sebegini boleh membahayakan diri. Tidak, ini bukanlah tujuannya.
Kita cuba membebaskan hidup kita
dari corak lama dan tidak berguna itu. Kita mengambil langkah ini untuk mengembang
dan mendapatkan kekuatan yang berwawasan.
Demi untuk memperolehi keyakinan dan keberanian untuk bertindak, penghijrahan, bertawakal dan ta’aruf amat diperlukan. Dengan ketiga tiga elemen ini beserta senarai tabiat diri, kejujuran dan sikap berlapang dada diadun menjadi satu. Dinasihatkan juga, lakukanlah bersama sama dengan mereka yang telah melalui pengalaman ini atau mentor (sponsor) kita.
Kita akan merasai kelegaannya bila kita mula memahami konsep langkah tafahum ini. Keistimewaan tentangnya mulai terasa. Kita kehilangan sifat sifat positif (mahmudah) selama ini. Sekarang kita berusaha untuk melepaskan akhlak buruk (mazmumah) ini. Kita hanya perlu ‘meletakkan’ ia diatas kertas, demi membina keupayaan kita sepanjang masa…….
Aku mesti lepaskan masa lampauku, bukan berpaut padanya. Aku dapat melihat masa laluku, apa sebenar-nya berlaku dan melepaskannya supaya aku boleh teruskan hidup ini. Masa laluku umpama ‘jerangkong dalam almari’. Aku amat takut membukanya, aku takut melepaskannya. Aku tidak perlu melihat lagi masa laluku. Kehendak dan kehidupanku kini di tanganNya…...

Selagi kita tidak ‘membuka diri’dan berlapang dada, selagi itulah konsep tafahum secara menyeluruh dan jujur mustahil untuk dilaksanakan. Ambillah sedikit masa untuk bertenang sebelum menulis dan mohonlah pertolongan serta kekuatan dariNya agar kita telus dan berani menghadapi apa jua rintangan…..
Dalam Langkah ini, aku mula berhubung dengan diriku sendiri. Aku menulis tentang liabilitiku seperti rasa bersalah, cemburu, kebencian, kemarahan, kemurungan, kedekut, ‘ujub, malu, penyesalan, kasihan pada diri sendiri, sombong, riya’, zalim, dendam, kekecewaan, kekeliruan, kesepian, kebimbangan, pengkhianatan, kegagalan, ketakutan, penafian dan banyak lagi sifat sifat mazmumah dalam diriku. Aku menulis tentang perkara-perkara yang menggangguku selama ini. Aku sebenarnya mempunyai kecenderungan untuk berfikir secara negatif, begitu juga kebanyakan dari kita, jadi aku menulisnya di atas kertas untuk memberikan aku peluang untuk melihat lebih positif pada apa yang berlaku. Anda bagaimana…….?

Aset juga perlu dipertimbangkan, untuk mendapatkan gambaran
yang tepat dan lengkap perihal diriku sendiri. Jika diteliti, ia sesuatu yang
amat sukar dilakukan, umpama ‘masuk bakul angkat sendiri’. Hakikatnya aku masih
mempunyai kualiti yang baik (sifat sifat
mahmudah) dan begitu juga dengan kita semua. Ada kalanya aku sendiri pun tidak
perasan dengan kualiti ini, seperti penampilan yang bersih, tawakal, taubat, syukur, suka menolong, berfikiran terbuka, rendah diri, kasih sayang, bertimbangrasa, kesedaran,
kejujuran dengan orang lain, penerimaan, tindakan positif , perkongsian ,
kesanggupan, keberanian, keimanan, kebaikan dan kemurahan hati.
Dengan tafahum dapatlah kita
mengkaji prestasi masa lalu kita dan tingkah laku sekarang untuk dinilai apa
yang hendak disimpan dan apa yang perlu dibuang. Tiada siapa yang akan memaksa
kita. Ia tampak sukar, realitinya ia agak mudah.
Lakukanlah tanpa mengambil
kira langkah kelima seolah-olah ia tiada. Kita boleh menulis bersendirian
atau berhampiran orang lain; terpulang pada keselesaan diri. Kita boleh menulis
panjang atau pendek seperti yang diperlukan saja…..
Apa yang penting kita boleh
melakukannya!
Tulislah walau apa cara
sekali pun. Asalkan kita faham. Kita duduk dengan buku nota, meminta petunjuk, mengambil
pena dan mula menulis. Apa yang kita fikirkan itulah bahannya. Kita mulakan
langkah ini apabila menyedari betapa sedikitnya kita kehilangan dan berapa
banyak perlu untuk mendapatkannya. Satu peraturan asas biarpun sedikit. namun sedikit
itu tidak pernah mencukupi. Ia sudah memadai. Kemungkinan ia sukar atau
menyakitkan atau ia mungkin kelihatan mustahil. Kita mungkin takut ia akan
mencetuskan tindak balas yang negatif. Kita mungkin mengelakkannya kerana takutkan
kegagalan. Bila kita mengabaikan perasaan ini, kita mulai rasa tertekan. Ketakutan
pada azab yang akan berlaku adalah
sangat besar sehingga ia mengatasi ketakutan kita untuk gagal….
Tafahum menjadi penyelamat,
melaluinya dapat mengurangkan ‘tekanan’ daripada kesakitan tanpa melakukannya. Adakalanya
kesakitan boleh menjadi faktor motivasi dalam pemulihan. Oleh itu , ia tidak dapat dielak. Setiap topik perjumpaan langkah ini lebih menjurus kepada mendidik tabiat melalui penyenaraian secara tafahum.
Melalui proses tafahum, kita
mampu untuk berurusan dengan semua perkara yang membina. Lebih banyak kita mendalaminya, lebih banyak akan timbul isu seumpamanya, seolah olah
ditentukan olehNya. Apabila timbul saja isu, kita menulis tentangnya. Kita mula
menikmati pemulihan kita, kerana kita mempunyai cara untuk menyelesaikan rasa
malu, bersalah atau kebencian….
Hanya dengan sekeping
kertas dan sebatang pena, aku mengharapkan bantuan dariNya. Aku mohon agar
diberikan aku kekuatan untuk aku harungi semua ini dengan mudah bila aku
mendedahkan tabiat burukku yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan selama
ini. Berdoa dan berusahalah, pasti membawa kejayaan……
Aku hanya insan biasa. Apa yang
penting ialah lakukan yang terbaik dengan menggunakan kaedah yang betul dan aku tingkatkan keupayaanku untuk terus menghidupkan
emosiku. Aku tidak mahu kehilangannya,
aku mahu teruskan. Pengalaman mengajarku tidak kira bagaimana kita mencarinya, ia
tiada terkesan melainkan jika aku terus mengikuti Langkah Kelima secara menyeluruh…….