Wow ! satu topik yang agak sensitif ! Sensitifnya topik ini adalah kerana beberapa faktor. Antaranya;
- Kebanyakkan isu-isu yang berlegar dikepala otak si penagih dadah adalah atas alasan masyarakat tidak menerima penagih.
- Stigma masyarakat pada penagih ini terlalu 'low class' (eg. tak guna seduit pun).
- Masyarakat hanya memandang penagih sebagai penjenayah jalanan.
- Masyarakat masih beranggapan penagih hanya layak 'dok dikandang zoo' saja.
- Tak berakhlak dsb.
- Penagih akan tetap penagih sampai bila-bila pun. Tak boleh berubah.
Ini adalah sebahagian dari pandangan negatif dari kalangan masyarakat pada penagih dan banyak lagi. Soalannya, apakah stigma ini terbentuk dari info-info negatif yang diterima oleh masyarakat selama ini? Atau ini hanyalah anggapan si penagih dadah pada masyarakat itu sendiri?
Aku masih berpijak dibumi yang nyata ! Sehingga hari ini keadaan ini memang wujud! Salah siapa? Sensitif ni !!!!! Aku tak nak salahkan sesiapa, kerana perkara ini telah lama dibentuk (hampir 40 tahun ) dan telah menjadi lumrah kehidupan kita di negara ini. Tapi sampai bila kemelut ini akan berubah?
Sejak kebelakangan ini dibawah pentadbiran Ketua Pengarah AADK, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah Binti Haji Mohamed telah menekankan beberapa aspek tranformasi seperti dalam kandungan ucapan beliau pada perhimpunan bulanan AADK bagi bulan Mac (2011) yang lalu merupakan perhimpunan yang bersejarah kerana buat julung-julung kalinya perhimpunan tersebut diadakan di bangunan baru ibu pejabat AADK dan dihadiri oleh seluruh warga ibu pejabat AADK. Antara isi ucaptama beliau pada pagi itu, menyeru agar berusaha untuk memahami, mendalami dan menghayati matlamat, hasrat dan semangat yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri melalui gagasan 1Malaysia, GTP, ETP dan PTP.
“Kejayaan Gagasan 1Malaysia dan ke semua pelan transformasi ini sangat bergantung kepada kefahaman warga AADK tentang dasar dan strategi pelaksanaannya serta bagaimana ia diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan pada peringkat masing-masing,” tegas beliau lagi.
Menyambung ucapan beliau, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah turut menggariskan beberapa perkara yang wajib diambil perhatian oleh warga AADK dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Perkara yang dimaksudkan ialah:
a) Bersegera serta mempunyai sikap sense of urgency dalam melaksanakan setiap program dan projek di dalam pelan transformasi AADK;
b) Mempermudahkan segala urusan harian semasa menjalankan tugas;
c) Berintegriti, bersikap amanah dan menolak rasuah dalam melaksanakan tugas harian;
d) Melaksanakan dengan betul setiap tugasan yang diberikan pada kali pertama;
e) Bekerja sebagai satu pasukan dan;
f) Bertanggungjawab penuh terhadap prestasi diri dan pasukan.
Ini sebenarnya salah satu perubahan dasar AADK sendiri dalam menghayati arti sebenar pemulihan dan rawatan bagi penagih dinegara kita! Atas dasar ini juga AADK telah melakukan satu transformasi kaedah pemulihan yang 100% berbeza dari sebelum ini.
Tetapi amat malang sekali sekiranya ia hanya 'çantik atas kertas' saja. Apabila AADK telah mula mengorak langkah kedepan, aku kira ia melangkah keseorangan saja! Mana perginya masyarakat? Masih dibelakang goyang kaki! Sepatutnya AADK kena buat banyak penerangan pada masyarakat agar mereka juga boleh memahami dan turut serta dalam mengatasi masalah global ini. Terutama NGO-NGO sepatutnya tampil kedepan menyahut seruan "SIFAR DADAH 2015" dan bergerak secara proaktif dalam isu ini! Aku cuma beri pandangan aje......
Satu perkara yang aku kira sepatutnya diberi perhatian serius oleh Kementerian ialah berkenaan status AADK sendiri. AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) - dulu dibawah Kementerian Kebajikan Masyarakat, tak salah aku masa tu dipanggil 'pegawai welfare' (1984). aku kena pergi lapur diri 2 minggu sekali lepas aku 'surrender' pada welfare dan dimasukkan ke wad 20(detox), HBUK selama 2 minggu dan kemudian dibawah pengawasan mereka selama 2 tahun. Kemudian dipindah ke Kementerian Dalam Negeri dengan nama ADK (Agensi Dadah Kebangsaan) dan sekarang ini dinamakan AADK!
Sejak negara mengistiharkan 'Dadah Musuh Negara No.1', berbagai -bagai kaedah telah dipratikkan sehingga melibatkan pindaan akta serta undang-undang negara.
Pandangan aku yang hanya pernah terlibat dalam alam penagihan ini, berpendapat tibalah masanya AADK itu dijadikan sebuah Jabatan! Bukan lagi hanya Agensi semata-mata! Skop JABATAN akan menjadikan ia lebih tersusun sama setaraf Jabatan-jabatan yang sedia ada, seperti JABATAN KASTAM dsb. Ini akan menjadikan AADK lebih berautoriti dalam mengendalikan masalah dadah ini di negara kita. Pikir-pikir la....,