Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, May 31, 2011

Sepetang diKuala Sepetang....,(Port Weld)



Kuala Sepetang, Isnin.
Aku diberi kesempatan oleh En. Nazri, salah seorang pegawai AADK LMS untuk mengikuti beliau ke Kuala Sepetang pada petang ini. Tujuan utama beliau ke sana adalah atas tugas rasmi beliau untuk menemui kes-kes penagih dibawah program 'Klinik Methadone-MMT' dibawah seliaan KKM, Klinik Kesihatan, Kuala Sepetang.
Aku pergi bersama dua orang residen, Asraf dan Pian. Sebenarnya kami diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan bercerita serba sedikit tentang faedah sokong bantu yang kami lakukan di RUMAH SHIQAL. Terdapat 14 orang yang hadir pada sessi tersebut.
Amat malang sekali bila aku melihat usia penagih-penagih yang hadir pada sessi tersebut rata-rata seusia dengan arwah ayahku. Boleh dikatakan yang paling tua berumur hampir 70 tahun!
Apa nak jadi ni....? 'tok -tok' kita ni bukannya baru menagih tapi dah hampir 40 tahun lamanya telah menjadi penagih. Boleh dikatakan 'roadtax'* nya dah macam buah rambai ! * ROADTAX bermaksud dah banyak kali masuk penjara atau pun pusat serenti !
Apa yang ingin ditekankan disini, ialah bukti nyata bahawa masalah penagihan DADAH ini sebenarnya telah menjadi semakin serius ! Kalau usia sehingga 50-70 tahun masih lagi menagih, bermakna generasi penagih -penagih di negara kita telah masuk GENERASI YANG KETIGA !!!
DATUK-ANAK-CUCU.
Apa yang harus kita lakukan? Sebagai seorang anggota masyarakat serta tanggungjawab sosial pada agama, bangsa dan negara kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan semata-mata mengharapkan pihak kerajaan saja yang dapat mengatasi masalah yang kian membarah ini.
BANGKIT LAH ! WAHAI NEGARAWAN KU ! BERSAMALAH KITA HAPUSKAN GEJALA DADAH INI !!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 4, 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai - 2010

TAHUN 2010
BERBINCANG DENGAN EN SHARANI WAKIL FOMCA.
PENERANGAN PADA WAKIL -WAKIL KELAB ROTARY TAIPING.
BERSAMA Y.BHG.ORANG KAYA MENTERI PADUKA TN.DATUK DR. HJ. WAN MOHD ISA WAN AHMAD -DPCM,AMP,PPT -ORANG BESAR JAJAHAN LMS
DALAM MAJLIS RUMAH TERBUKA YB DATO MOHAMAD ZAHIR ABDUL KHALID ADUN KAMUNTING.
TAKLIMAT PENUBUHAN KOPERASI SHIFAUL QALBI TAIPING BERHAD.
PENERANGAN KEPADA NGO-NGO.
MOTIVASI PROGRAM KEM ANAK SOLEH.
TAKLIMAT PADA PELAWAT -PELAWAT DARI TANAH RANCANGAN FELDA TRONOH.

Perjuangan Yang Belum Selesai - 2009

TAHUN 2009
PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN SETEMPAT.
BERSAMA DATO HAMIDAH OSMAN, EXCO KANAN NEGERI PERAK.
ANUGERAH KEPULIHAN SEPANJANG HAYAT.
SESSI PENERANGAN DIMASJID KG. BOYAN.
CERAMAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN.
BERSAMA YB DATO MOHAMAD ZAHIR ABDUL KHALID EXCO PENDIDIKAN PERAK.
BERSAMA DATO SRI NIZAR JAMALUDIN
PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT.
MOTIVASI DI KEM TENTERA KOR PERKHIDMATAN.

Tuesday, May 3, 2011

Risalah NA- Untuk Sahabat Baru



Untuk Sahabat Baru

NA ialah satu persahabatan yang tidak berasaskan keuntungan masyarakat lelaki dan perempuan yang mana dadah telah menjadi masalah utama. Kami adalah penagih yang kian pulih dan kerap ber­temu untuk membantu antara satu sama lain kekal bersih. Tiada bayaran atau yuran yang dikenakan. Cuma satu syarat untuk menjadi ahli iaitu keinginan untuk berhenti menggunakan dadah.

Anda tidak perlu bersih apabila meng­hadiri perjumpaan, tetapi setelah perjumpaan yang pertama, kami mencadang­kan supaya anda terus datang dan datang bersih. Anda tidak perlu tunggu sehingga kritikal, dihukum penjara atau sehingga tiada pulih untuk mendapat pertolongan dari NA. Penagihan atau keadaan yang KRITIKAL ini mungkin dapat diatasi dengan pertolongan program Dua Belas Langkah Narcotic Anonymous dan persahabatan dengan penagih yang kian pulih.

Penagihan ialah satu penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa saja. Setengah dari­pada kita menggunakan dadah untuk me­nikmatinya, sementara yang lain untuk menghilangkan perasaan yang sedia ada. Manakala yang lain menderita daripada fizikal atau penyakit mental dan menjadi penagih kepada pengubatan yang diberi semasa sakit. Sebahagian pula meng­ikuti mereka yang menggunakan dadah beberapa kali hanya untuk diterima dan kemudiannya mendapati kita tidak boleh berhenti.

Ramai daripada kita cuba untuk meng­atasi penagihan dan kadangkala boleh diringankan buat sementara waktu sahaja, tetapi ia selalunya diikuti dengan penglibatan yang lebih teruk daripada sebelumnya.

Apa jua keadaan sekali pun, penagihan ialah penyakit yang ber­tambah teruk seperti kencing manis. Kita alah kepada dadah. Penghujungnya selalunya sama: penjara, pusat, atau maut. Jika kehidupan telah menjadi tidak terurus dan anda inginkan hidup tanpa menggunakan dadah, kami telah menemui caranya. Ini ialah Dua Belas Langkah Narcotic Anonymous yang kami gunakan pada setiap hari untuk membantu mengatasi penyakit kita !

1. Kami mengaku bahawa kami tiada daya upaya di atas penagihan sehinggakan kehidupan kami tidak boleh lagi diurus.

2. Kami mula mempercayai bahawa ada satu kuasa lain yang lebih berkuasa daripada kami mampu mengembalikan kewarasan kami.

3. Kami membuat keputusan untuk men­yerah kemahuan dan penghidupan kami kepada penjagaan Tuhan, sebagaimana kami memahamiNya.

4. Kami menyelidiki senarai moral diri kami tanpa ketakutan.

5. Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seseorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.

6. Kami dengan sepenuhnya bersedia agar Tuhan mengubah segala sifat-sifat kami yang buruk.

7. Kami dengan rendah diri memohon kepada Tuhan supaya mengubah segala kekurangan diri kami.

8. Kami menyenaraikan siapa yang telah kami aniaya dan rela untuk mem­betulkan kesalahan kepada mereka semua.

9. Kami secara langsung membetulkan kesalahan kepada orang tertentu di mana kami berpeluang, kecuali bila melaku­kannya akan menyakiti mereka atau yang lain.

10. Kami dengan berterusan akan men­yelidik peribadi diri dan apabila kami bersalah dengan segera mengakuinya.

11. Kami memohon melalui doa dan ber­tafakur untuk membaiki kesedaran hubungan dengan Tuhan; sebagaimana kami memahamiNya, berdoa hanya untuk ketetapanNya dan keupayaan melakukanya.

12. Setelah memperolehi keinsafan rohani kesan dari langkah-langkah di atas, kami akan cuba menyampaikan pesanan ini kepada penagih lain dan mengamalkan prinsip-prinsip ini di dalam segala urusan hidup kami.

Pemulihan bukan berhenti dengan hanya menjadi bersih. Apabila kita meninggalkan semua dadah (bermakna arak dan ganja juga) kita akan menghadapi perasaan yang tidak pernah dapat diatasi dengan jayanya. Kita juga akan mengalami perasaan yang tidak dapat dirasai pada masa lalu. Kita mesti bersedia untuk menghadapi perasaan yang lama serta baru yang mendatang.

Kami belajar mengalami perasaan dan menyedari bahawa perasaan ini tidak boleh melukakan kecuali kami bertindak ter­hadapnya. Daripada bertindak ter­hadapanya, kami menghubungi ahli NA jika mempunyai perasaan yang kami tidak boleh hadapi. Dengan berkongsi kami belajar untuk meng­atasinya. Ada kemungkinan mereka mem­punyai pengalaman yang sama dan dapat berkongsi apa yang berkesan untuk mereka. Ingat, seorang penagih yang keseorangan berada dalam kumpulan yang tidak baik.

Semua perasaan-perasaan ini dapat kami hadapi dengan bantuan Dua Belas Langkah, kawan-kawan baru dan penaja (sponsor). Dalam NA, kegembiraan kami akan bertambah dan kedukaan kami akan berkurangan bila ianya dikongsi. Buat pertama kali di dalam penghidupan kami, kami tidak perlu menghadapinya ber­sendirian. Kini dengan kumpulan ini, kami boleh mengujudkan hubungan dengan Tuhan sebagaimana kami memahamiNya yang berada bersama kami.

Kami mencadangkan anda mencari se­orang penaja (sponsor) secepat mungkin, setelah berkenalan dengan ahli-ahli di kawasan anda. Untuk menjadi seorang penaja (sponsor) kepada sahabat baru adalah satu kelebihan, jadi jangan teragak- agak untuk meminta. Penajaan (sponsorship) adalah satu pengalaman yang ber­faedah bagi kedua-duanya. Kami di sini untuk membantu dan dibantu. Kami yang sedang dalam pemulihan mesti berkongsi apa yang kami telah pelajari supaya dapat memilihara perkembangan di dalam program N.A. dan berkemampuan untuk ber­fungsi tanpa dadah.

Program ini menawarkan harapan. Apa yang anda perlukan ialah keinginan untuk berhenti mengguna dan kemahuan untuk mencuba penghidupan baru ini.

Hadirilah perjumpaan, dengar dengan pemikiran terbuka, bertanya, mengambil nombor talipon serta menggunakannya. Kekal bersih untuk hari ini.

Kami juga mengingatkan anda bahawa program ini adalah anonymous dan anonimiti anda berada dalam kerahsiaan. “Kami tidak berminat tentang apa atau berapa banyak yang telah anda gunakan atau siapa hubungan anda, apa yang telah anda lakukan dimasa yang lalu, berapa banyak atau kurang anda miliki, tetapi hanya apa yang anda harus lakukan tentang masalah anda dan bagaimana kami dapat membantu.”

Risalah ini diluluskan oleh Persaudaraan NA

Copyright © 1998 by
Narcotics Anonymous World Services, Inc.
Semua hak cipta terpelihara