Search This Blog

Translate

Followers

Wednesday, April 27, 2011

BERAPA RAMAIKAH PENAGIH DADAH YANG SEBENARNYA DI MALAYSIA?


Kenyataan yang di keluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop yang memberi satu perangkaan jumlah penagih dadah yang menghuni di Pusat Pemulihan Dadah (Puspen) pada tahun lepas 2010, adalah sebanyak 20,502 orang. Dan menurut beliau seramai 12,397 orang telah berjaya di pulihkan, iaitu sebanyak 60.5 peratus.
Wow! Banyak tu......., tapi bagi aku kita masih boleh mempertikaikan kenyataan ini yang aku anggap terlalu KABUR!!!! Alasannya mudah;
  1. sekiranya penghuni yang menerima rawatan pada tahun 2010, seramai 20,502 orang, mereka ini sudah tentunya paling cepat akan dibebaskan pada awal 2011 dan perlu menjalani program pengawasan selama 2 tahun pula. ini bermakna keputusan pulih atau tidak bergantung selepas menjalani tempoh pengawasan 2 tahun itu dulu sekurang-kurangnya awal tahun 2013! Dan kenyataan itu pula berpandukan lapuran 2010. Bagaimana kita hendak memastikan kepulihan mereka ini selagi tempuh rawatan belum tamat?
  2. sekiranya lapuran ini berdasarkan pada statistik pemulihan 2010, bermakna kita harus melihat lapuran penagih yang menerima rawatan di PUSPEN bermula pada 2007 atau 2008. Menurut lapuran yang dikeluarkan oleh bioNADI pada 2007 hanya 14,489 penagih yang didaftar, 2008 pula 12,352 penagih. Soalannya dimana jumlah 20,502 itu diambil ?

3. Apabila dilihat peratus penagih yang berulang setiap tahun anggarannya sekitar 50% setiap tahun dari 2005 hingga 2009; kemudian secara tiba-tiba pada 2010 peratus itu turun secara mendadak pada kadar 37.7 % . Apakah pada 2010 secara tiba-tiba kita telah mendapat sentuhan ajaib untuk memulihkan penagih ?

In ilah yang berlaku sebenarnya selama ini di negara kita. Walaupun sudah hampir 40 tahun negara menghadapi masalah penagihan ini, namun hakikatnya setakat hari ini belum ada satu pun lapuran RASMI yang benar -benar telus melapurkan jumlah sebenar penagih di MALAYSIA setakat ini.
Banyak yang masih boleh diragui dalam maklumat -maklumat yang dikeluarkan oleh pihak -pihak 'ini'. Mengapa perlu di sembunyikan fakta sebenar terutama pada masyarakat ? Ini soal integriti , soal masa depan agama, bangsa & negara ?
Satu lagi kita perlu lihat ialah pertambahan penagih saban hari dari sudut lain. Misalnya data - data yang diperolehi ini semuanya adalah daripada lapuran -lapuran yang datang dari ketua-ketua jabatan daerah masing-masing. Dari segi logiknya sudah tentu lapuran yang akan dihantar ke negeri dan seterusnya ke pusat mengandungi lapuran yang terbaik ! Mana mungkin hendak melapurkan sebarang "kegagalan" pada boss..., ini jerat tengkuk namanya.....! Sebagai contoh,
menurut seorang pegawai AADK , kes pengawasan di LMS saja terdapat sebanyak 1,xxx lebih. OK, itu pada tahun 2009. Yang menghairankan aku ialah menurut lapuran yang dikeluarkan sendiri oleh AADK pusat, pada 2009 terdapat 1,121 penagih di seluruh Perak ! Aik ? Ini bermakna penagih - penagih di Perak 95% lebih adalah dari daerah LMS...????? Apa komen...?

No comments: