Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, February 22, 2011

marahkan nyamuk, kelambu dibakar

Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak, sebuah persatuan yang didaftar dibawah suruhanjaya pertubuhan (ROS) dan bergerak atas tiket NGO! Ini bermakna kita tidak terikat pada mana-mana jabatan dan protokol selagi kita tidak melanggar undang-undang tubuh dan undang-undang NEGARA!
Fungsi utama persatuan kita ialah membantu segelintir golongan yg. mana aku rasa belum ada lagi sebuah organisasi di negara ini yg. berjaya membantu secara 'all out' pada golongan ini. Itu yang aku rasa! Sekiranya pendapat aku salah,'sorry to say, that is my own opinion'.Salahkah aku bila aku berpendapat sedemikian?
OK! Aku rasa aku dah jelaskan sejelas jelasnya pada kalian. Sepatutnya pihak-pihak yg. sehaluan dalam perjuangan membasmi gejala DADAH ini harus mengambil iktibar dari kesungguhan,keperihatinan dan kesanggupan kami utk. bersama-sama dalam menterjemahkan perjuangan ini menjadi satu wadah dalam merealisasikan kehendak kerajaan 'SIFAR DADAH 2015'!Tak perlulah kita jadikan ia satu isu besar hingga membabitkan mana-mana orang perseorangan ataupun jabatan-jabatan demi nak menjaga nama dan sebagainya.Cuma aku nak tanya sikit, dimana keikhlasan kita dalam isu ini,????
Yang jelas, dalam kita memperjuangkan apa yang kita yakini, sudah menjadi lumrah ada saja insan yang tidak berpuashati dengan apa yang kita lakukan! Bukan tujuan untuk mengungkit atau mencari salah pada mana-mana pihak, tapi cuba pikirkan apa yang selama ini kita lakukan bukanlah atas tujuan mencari keuntungan dari kesusahan orang lain (oppurtunis), jauh sekali dari mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi!
Bagi aku, ini bermakna apa yang kita lakukan itu benar, kalau tidak mengapa ada pihak yang tidak berpuashati dengan kita dan menabur fitnah pada kita? Sepatutnya 'mereka' itu membantu kita ataupun sekadar membuka ruang pada kita untuk bergerak. Bukannya menunggu dan mencari ruang kesalahan untuk jatuhkan kami!!!!
Aku mengucapkan jutaan TERIMA KASIH pada insan-insan yang membantu kami selama ini terutama pegawai-pegawai AADK yang sanggup bersusah payah dalam usaha membantu kami! Anggaplah ia sebagai menguji kesabaran dan keimanan kita dalam menempuh ujian hidup ini. Kepada AADK LMS, jasa, khidmat nasihat serta keperihatinan tuan-tuan & puan-puan amat kami hargai. Dalam menempuh hari-hari mendatang, harapan kami biarlah menjadi lebih akrab dalam usahasama sebagai satu jaringan bersama!
Dalam pada itu mana-mana individu yang merasai apa yang kami usahakan ini sebagai satu perjuangan sia-sia...., aku mohon muhasabahlah diri anda sendiri... kerana apa yang kita buat hanya sebagai satu cabang ibadat......, bersamalah kita berjuang demi anak bangsa kita. Itu saja yang aku pinta. Janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Bersangka baiklah dengan apa yang kami usahakan ini......Pikir-pikirkan lah!!!!!

Sunday, February 13, 2011

saringan ujian air kencing oleh AADK di Rumah Shiqal





















Pada bulan jan lepas satu pasukan penguatkuasa AADK tiba pada jam 1.00 pagi di RUMAH SHIQAL.
Tujuan nya tidak lain dan tidak bukan untuk membuat pemeriksaan ujian air kencing ! Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada pegawai AADK tersebut atas keperihatinan beliau untuk membantu kami dalam memastikan residen-residen RUMAH SHIQAL 'bersih' dari dadah. Kami juga mendapat tahu bahawa ini adalah satu usaha secara inisiatif pegawai itu sendiri dalam keterlibatan pihak AADK daerah tanpa arahan pihak atasan. Terima kasih.
Disini aku nak jelaskan beberapa perkara yang agak pelik.
1) Sekiranya perkara yang didakwa oleh pegawai itu benar, maka seribu pujian harus diberi pada pegawai tersebut bersama anggota-anggota beliau.
2) Rumah Shiqal ditubuhkan hampir 3 tahun, adakah ini sahaja sumbangan yang boleh diberi pada usaha RUMAH SHIQAL ?
a) ini ialah 'rapid urine test' yang ketiga oleh AADK selama ini.
b) program 'matrix' yg dijalankan oleh Pn. Ng sehingga beliau bersara pada bulan disember 2010.( sebulan sekali tidak sampai setahun )
c) lawatan pegawai AADK dari masa ke samasa atas tujuan khidmat nasihat. ( tidak sampai 5 kali selama 3 tahun )!
Aku paham akan kesibukan tugas AADK daerah terutama bahagian pemulihan. Namun aku juga tidak paham mengapa dalam kesibukan mereka itu, RUMAH SHIQAL secara sedar atau pun tidak sedar telah di ketepikan ! Mungkin peranan NGO tidak diperlukan oleh AADK LMS !
Ataupun mereka takut NGO menuntut bayaran yang bukan-bukan.?
Walau apa pun aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan RUMAH SHIQAL dengan AADK LMS. Harapan aku hanya satu, marilah kita bersatu dalam usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini hingga ke akar umbi......, itu saja. Sekiranya RUMAH SHIQAL ada melakukan kesalahan dan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu...., aku mohon maap bagi pihak RUMAH SHIQAL. HARAP MAAF....!