Search This Blog

Translate

Followers

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011.......!!!!!!!


Selamat tahun baru 2011 dan selamat tinggal 2010! Sedar tak sedar RUMAH SHIQAL dah berusia 2 tahun (2008-2010). Ada yang berpesan pada aku 'baru setahun jagung' tapi bagi aku pula bukan masalah usia tapi kematangan dan cara berfikirlah yang patut diutamakan. Segala penat jerih yang kami lakukan di RUMAH SHIQAL bukanlah bertujuan mendapat sanjungan jauh sekali pujian. Dari awal penubuhan niat kami tetap sama....,membantu mereka yang memerlukan!
Tidak kurang juga yang memperlekehkan usaha aku ini, fitnah, mengata dan yang paling dasyat cuba memsabotajkan apa yang ada. Dahlah tidak membantu....cuba pula menjatuhkan.....Mungkin ini ujian dariNya.
Dari sudut pandangan aku, aku masih lagi menunggu insan-insan yang berjiwa besar yang ingin membantu aku disini, bak kata sahabatku,"kini kita telah mula berlari....,bukan lagi berdiri membatu......,mengapa rakan-rakan lain masih tidak mahu bersama...?" Banyak orang pandai berkata-kata, namun bila hendak melaksanakan...,hilang entah kemana!
Tahun 2011 ini, aku tidak mahu lagi pandang kebelakang aku akan terus mara.....,akan aku perjuangkan apa yang aku impikan selama usahaku ini mendapat keredhoanNya......Biar beribu batu jalan harusku tempuhi....,biar onak dan duri merentasi jalanku....., aku akan tetap teruskan perjalanan ini biar pun hanya tinggal aku seorang.......!