Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, December 18, 2010

'STIGMA' Masyarakat Kita


Aku kira catitan kali ini mungkin akan menyinggung hati beberapa insan terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam kisah kali ini. Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak (RUMAH SHIQAL) bukan tercetus secara tidak sengaja atau pun lahir dari pemikiran sekelumpok manusia. Ia lahir dari cetusan ide aku yang mana aku rasakan perlu adanya satu pertubuhan yang dibentuk oleh para penagih dadah sendiri atas kesedaran untuk berubah melalui kaedah penyatuan dan sokong bantu. Ianya harus disertai oleh masyarakat itu sendiri yang akan membentuk sebuah komuniti yang bertanggungjawab dan berintegriti. Inilah yang cuba aku terapkan dalam RUMAH SHIQAL. Namun yang jelasnya, setelah lebih 2 tahun penubuhannya aku masih gagal untuk mencapai impian aku untuk melihat wujudnya satu gagasan bersepadu dikalangan komuniti itu sendiri. Penerimaan masyarakat terhadap pengguna dadah memang sukar diubah dan kebanyakan dari mereka masih lagi percaya bahwa 'penagih itu tetap penagih' dan hanya layak dipanggil sampah masyarakat saja.
Aku bukan cakap kosong kerana aku sendiri mengalami situasi yang begini.......! Antaranya,
bila aku ajukan cadangan aku (nak tubuh persatuan la) pada pegawai AADK sendiri (bukan semua) mereka mempermainkan ide aku!
"Sok ni hampa buat 'port'pulak...tolak 'barang' senang sikit kot....kalu dah ramai kumpul.....", pegawai AADK bertugas.
"Sham, tak payah la buat banyak-banyak persatuan.... yang ada ni pun dah cukup!", dengan nada sinis dari ketua jabatan AADK ( tak payah sebut daerah mana....).
"yang berhenti 10 tahun pun bole isap balik.......", ayat power dari ketua jabatan sendiri.......
"emh...., depa ni bagi makan kat rimau jeeeee", kata pujangga dari seorang yang bergelar Dato'.
"buang karen je bela depa ni.....", antara ayat yang sering di dengar.
"daripada aku buang duit bantu depa..., lebih baik aku sedekah kat anak yatim", dari seorang usahawan.
Dan banyak lagi.....!!!!!!
Ini adalah ciri-ciri manusia yang ada disekeliling kita. Pemikiran yang dibentuk oleh siapa? Dimana letaknya integriti kita sebagai insan yang berjiwa besar? Kononnya kita telah membentuk satu masyarakat yang dinamik terdiri dari komuniti majmuk yang prihatin dengan konsep modal insan. Cheh! bunyinya sedap tapi hampeh....
Lebih 40 tahun DADAH telah menyerap masuk dalam akar umbi masyarakat kita, penyalahgunaannya makin bertambah. Kita masih lagi tercari-cari kaedah yang sesuai untuk pemulihan mereka ini. Sehingga timbulnya segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka ini BOMOH yang punya 'super treament' seolah-olah mereka punya obat dan kaedah yang paling mujarab untuk pulihkan penagih-penagih ini. Celakalah golongan ini! Mereka ini adalah golongan opurtunis yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Dengan meletakkan kos rawatan yang tak masuk akal (adakala mencecah sehingga RM 10,000) dalam satu sesi rawatan yang tidak sampai sebulan! Ini penipuan namanya!
Sekiranya apa yang didakwa benar, mengapa kerajaan harus membazirkan wang hingga berjuta ringgit dengan penubuhan pusat-pusat serenti (PUSPEN). Kenapa tidak diserahkan saja penagih-penagih ini pada si PUTAR ALAM itu ? Selesai masalah. tidak payah membazir masa, tenaga kerja dan boleh menjimatkan wang pembayar cukai.
Aku merasa kesian pada keluarga serta ibubapa yang sanggup diperdaya oleh golongan ini. Hanya disebabkan terlalu mengharapkan satu keajaiban akan tercipta, maka mereka inilah yang menjadi mangsa. Kononnya boleh buat pembenci la, bagi lupa la dan yang paling popular dengan kaedah muntah kononnya boleh keluarkan racun DADAH dari tubuh sipenagih! PENIPU!!!! Dadah yang dihisap atau di suntik akan meresap ke seluruh tubuh si penagih...., bukan dalam perut si penagih itu! Kalau setakat bagi muntah saja boleh hilang racun dan bisa DADAH itu......, suruh si PUTAR ALAM itu minum racun rumpai dan kemudian suruh dia muntah, berani tak dia?
Mengapa sehingga hari ini tidak di wujudkan satu badan khusus dibentuk khas semata-mata untuk penyelidikan tentang DADAH ini? Bagi aku perlu di wujudkan bukan hanya bertujuan mencari kaedah rawatan semata-mata, tetapi lebih dari itu. Percayalah PENYALAHGUNAAN DADAH INI TELAH MEMBENTUK SATU BUDAYA yang merbahaya ditengah-tengah mayarakat kita!!!!!!!!! Pikir-pikirkan lah.








1 comment:

nuar said...

relax bro sham.....orang 'awak' takkan mengalah...hidup urang kampau....