Search This Blog

Translate

Followers

Monday, September 14, 2009

GAMBAR SEKITAR PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA AADK PERAK DI RUMAH KOMUNITI SHIQAL


TETAMU SEDANG MENIKMATI HIDANGAN


TAZKIRAH OLEH USTAZ BURHAN DARI AADK TAIPING



PENGERUSI DAN AJK BERSAMA PENGARAH AADK




PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN ATAS
SUMBANGAN KEATAS RUMAH KOMUNITI
SHIQAL



PENGERUSI MEMBERI PENERANGAN
TENTANG RUMAH KOMUNITI SHIQAL


EN Nizar diberi tanggungjawab sebagai
penyambut tetamu


Ahli jawatankuasa, Kakitangan AADK Taiping Bersama
penghuni Rumah Shiqal

Wednesday, September 2, 2009

Rumah Komuniti ShiQal

Buat julung kalinya setelah diiktirafkan sebagai Rumah Komuniti yang pertama di negeri Perak, satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Dan Masyarakat akan diadakan di perkarangan Rumah Komuniti pada hari Rabu 9hb.September 2009 ini.
Majlis yang dianjurkan bersama AADK Negeri, Rukun Tetangga Kawasan Taiping dan Persatuan Shifaul Qalbi itu dijangka dihadhiri oleh Badan-badan kerajaan, YB serta Adun-Adun kawasan Laru Matang dan Selama, Ahli-ahli Perniagaan serta masyarakat setempat.
Majlis diadakan bertujuan untuk mewar-warkan kepada Pemimipin-pemimpin dan juga masyarakat amnya tentang penubuhan serta hala-tuju Rumah Komuniti dibandar Taiping.

Tuesday, September 1, 2009

Mukjizatnya Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Jauhi Dosa



Jauhilah dosa !
Dosa adalah kemurkaan Tuhan,
Tinggalkanlah dosa,
kerana ia adalah hijab
Di antara hamba dengan Tuhan,

Larilah dari dosa !
Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan,
Jangan sekali-kali buat dosa,
Di dalam perjuangan terhijab bantuan,
Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan,
Kemurkaan Tuhan dan kekalahan,

Orang yang berdosa
Orang yang sedang karam di dalam lautan,
Bukan senang hendak diselamatkan,
Orang yang berdosa
Seperti ular yang besar sedang membelit seseorang
Menunggu hendak ditelan,
Orang yang berdosa
Laksana singa yang galak hendak menerkam,
Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya,

Orang yang berdosa
Seorang yang sedang dipeluk oleh seorang yang hodoh,
seluruh badan penuh dengan kudis,
Nanah dan darahnya sedang mengalir
Dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan,
Baunya terlalu busuknya,
Meloyakan tekak dibuatnya,

Sekali-kali jangan buat dosa,
Ini adalah perbuatan hina dan sangat memalukan
Mungkin amal ibadah kita, tidak ada nilainya disisi Tuhan,
Tidak mengapa amal ibadah yang sedikit
Tapi tidak buat dosa, Allah Taala tetap redha,
Apa ertinya ibadah banyak bersama dosa
Tuhan tetap murka.