Berumur 48tahun dan boleh dikategorikan sebagai Penagih Tegar (Hardcore) dengan lebih kurang 30tahun melalui segala pahit getir penghidupan sebagai Makhluk Penagih Heroin.
Rasanya tidak perlulah aku mengungkap akan kenangan sejarah hitam yang tak membanggakan itu. Aku percaya saudara sudah jemu lagi muak mendengarkannya > terutamanya pegawai-pegawai dari AADK sendiri, selalunya cerita-cerita dari seorang penagih semacam aku ini sudah berulangkali dirakamkan dan sudah tentu jalan ceritanya lebih kurang sama saja semuanya...
Apa yang aku inginkan adalah untuk menceritakan akan nilai-nilai positif yang aku terima selama aku memasukkan diri ku ke Rumah Komuniti ShiQal. Selain daripada mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit kronik yang dihidapi, aku juga menimba ilmu bagi mencari identiti diriku yang sebenarnya. Bagi meneruskan sisa-sisa hidup ini supaya ianya lebih bermakna.
Rumah Komuniti ShiQal banyak bezanya dari institusi-institusi maupun Pusat-pusat Pemulihan yang sedia ada, terutamanya dari segi Konsep dan Modul yang dijalankan disini. Ia memberi peluang terakhir pada mana-mana penagih yang mempunyai niat untuk berhenti dan keluar dari sifat buruk itu. Sesuai dengan erti Shifaul Qalbi (Penawar Jiwa didalam Bahasa Melayu), rawatan dari segi kerohanian diterapkan agar JIWA-JIWA kami yang sakit dapat dipulihkan sedikit demi sedikit.
Disini juga setelah pulih, kami diberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana caranya untuk kembali kedalam masyarakat serta memberi dorongan untuk berdikari setelah keluar dari rumah ini nanti. Dengan bantuan serta galakkan dari Ahli-ahli dan dari Penghuni Rumah Komuniti itu sendiri, niat yang lahir dari keinsafan itu telah membuahkan hasil yang positif... buktinya? Lihatlah aku sendiri!!!
Aku yakin dengan adanya sokongan dan bimbingan dari pihak AADK sendiri, "Rumah Komuniti" ini akan terus memberi peluang dan harapan yang lebih luas lagi kepada Penagih-penagih yang masih ramai lagi diluar sana untuk mengubah cara hidup mereka dan akhirnya akan `Melahirkan Semula` modal-modal insan yang dapat `Memberi Balik` kepada masyarakat dan negara...
testimoni residen
Search This Blog
Translate
Followers
Friday, August 28, 2009
Penawar Jiwa - Ode utk AADK
Saturday, August 22, 2009
Lawatan oleh Pengarah AADk Negeri Perak
Setelah hampir setahun kewujudan Rumah ShiQal, akhirnya pada Rabu,19hb Ogos 2009 yang lalu pihak AADK Negeri diketuai Pengarahnya sendiri , Tuan Hj.Mohd. Nazer bin Mustafa serta diiringi oleh pegawai-pegawai kanannya sudi datang membuat lawatan . Beliau difahamkan baru pulang dari lawatan kerjanya di Sarawak.Beliau sebelum ini telah menghadiri suatu mesyuarat AADK di Kuala Kangsar, tanpa berlengah lagi terus menuju kerumah persatuan .
Beliau serta rombongannya tiba diperkarangan rumah persatuan pada jam 6:45 petang. Disambut mesra para Penghuni ShiQal serta Pengerusi dan AJK Persatuan Shifaul Qalbi terus diberi sedikit taklimat tentang pengurusan rumah persatuan.
Tuan Pengarah kemudiannya dibawa meninjau kawasan rumah sambil diberi penerangan akan setiap fungsi serta kemudahan yang ada dirumah ini. Penghuni serta AJK Persatuan diberi peluang oleh beliau untuk melahirkan hasrat yang kami ingin sampaikan kepada kepada pihak
AADK.
Sesudah mengerjakan solat Maghrib berjemaah disurau, tibalah masanya untuk beliau menyampaikan suatu berita baik buat kami.... Beliau amat menghargai akan niat murni serta usaha-usaha yang dijalankan oleh Persatuan Shifaul Qalbi. Dan beliau merestui setiap program-program yang dan yang akan dijalankan dan berjanji akan memberi bantuan dalam menjayakannya.
Satu surat Pengikhtirafan sebagai pusat komuniti zon utara untuk rumah persatuan. Pengarah AADK Perak juga telah memberi sedikit sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur untuk kegunaan Penghuni.
Kami diShiQal amat berterimakasih keatas keprihatinan beliau serta pihak AADK. Kami juga bersyukur dengan mengikhtiraf Persatuan Shifaul Qalbi sebagai satu agen yang dapat membantu sedikit sebanyak urusan AADK Negeri Perak, ianya menjadi satu lagi penyuntik semangat untuk terus kami memperjuangkan cita-cita kami.
Pertemuan yang bersejarah ini diakhiri dengan sesi bergambar para Penghuni dengan Tuan Hj.Mohd.Nazer bin Mustafa sebagai kenang-kenangan..
Subscribe to:
Posts (Atom)