Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, October 22, 2013

program diskusi 12 langkah

22/10/13, selasa
dari kiri sdr Meor, Adni, Luqman, Aziz, Zaki & Sham

PSQTP telah menganjurkan satu program 'diskusi 12 langkah KSB' oleh sdr. Aziz Hashim bertempat di tingkat atas rumah Shiqal. Program yang dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pg itu terpaksa di lewatkan sedikit atas permintaan perserta dari CnC Kangar yang dijangka tiba pada 10 pagi. Program berjalan lancar dimulai oleh ucapan pemangku pengerusi PSQTP sdr. Dr. Zul Zakiyudin Rashid.
Sdr. Aziz Hashim dengan berbesar hati telah datang atas sifat membantu rumah Shiqal telah sudi datang sebagai penyampai utama dalam program itu. Beliau yang berasal dari Johor dan menetap di Singapura adalah seorang pegawai kebajikan dalam Hira Society (Singpore). Pengalaman belaiu sebagai NA members(Singpore) selama 4 tahun memegang jawatan 'chairperson' 2004-2008, fellowship Development team Asia Pasific hingga sekarang. Pernah ke Pakistan dan Maldives dan mewakili Singpura ke AFP(Asia Pasific Forum) serata Asia.
Dengan kehadiran seramai 30 orang peserta terdiri dari pengguna pengguna dadah, residen rumah Shiqal, pegawai AADK dan AJK persatuan, diharap dapat meningkatkan lagi aktiviti aktiviti rumah Shiqal dimasa depan.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM 





Tuesday, October 1, 2013

12 JALAN MENUJU PEMULIHAN (TWELVE ROUTES TO RECOVERY) IX

Langkah Lima 

“We admitted to God, to ourselves, and to another human being the exact nature of our wrongs.”
BersaksikanNya, diri sendiri dan juga kepada insan lain; mengakui kesalahan yang kami lakukan. Aku perlu mengukuhkan kembali perpaduan sesama insan dengan berpegang pada prinsip takaful.


Imam Hasan Al Banna mengatakan, “Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekokoh-kokoh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan persatuan; tidak ada persatuan tanpa cinta kasih; minimal cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimalnya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”
Beliau menetapkan tiga tiang ikatan ukhuwah, yakni ta’aruf, tafahum, dan takaful. Tentang ta’aruf, saling mengenal, beliau menasihatkan untuk saling mengenal dan saling berkasih sayang dengan ruhullah, menghayati makna ukhuwah yang benar dan utuh di antara sesama anggota, berusahalah agar tidak ada sesuatu pun yang menodai ikatan ukhuwah, dan menghadirkan selalu bayangan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadits tentang ukhuwah.
Tentang tafahum, saling memahami, beliau berpesan bahwa ia adalah tiang kedua dalam ukhuwah. Beliau menasihati untuk istiqamah dalam manhaj yang benar, menunaikan apa-apa yang diperintahkan Allah kepadanya, dan tinggalkan apa-apa yang dilarang, melakukan evaluasi diri dengan evaluasi yang detail dalam hal ketaatan dan kemaksiatan, setelah itu bersedia menasehati saudaranya yang lain begitu aib tampak padanya. Hendaklah seseorang menerima nasehat saudaranya dengan penuh rasa suka cita dan ucapkan terima kasih padanya.
Tentang takaful, saling menanggung beban, yang merupakan pilar ketiga, beliau berpesan agar saling memikul beban sebagian yang lain. Demikian itulah fenomena konkret iman dan intisari ukhuwah. Hendaklah sebagian dari mereka senantiasa bertanya kepada sebagian yang lain (tentang kondisi kehidupannya). Jika didapatkan padanya kesulitan, segeralah memberi pertolongan selama ada jalan untuk itu, serta menghadirkan di dalam benak tentang hadits-hadits tentang tolong menolong dan fadhilahnya.
Tingkatan tertinggi dalam berukhuwah adalah itsar, yakni mendahulukan kepentingan saudaranya di atas kepentingannya sendiri.
(Dr.Abdul Halim Mahmud menyebutkan tahap tahap ukhuwah sebagai berikut: ta’aruf (saling mengenal), ta’aluf (saling bersatu),tafahum (salingmemahami), ri’ayah atau tafaqud (perhatian), ta’awun (saling membantu) dan tanashur (saling menolong)).  
         
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)

Takaful adalah intipati langkah kelima. Ia adalah kunci kepada kebebasan. Ia membolehkan aku untuk hidup ‘bersih’ hingga kini. Sebenarnya berkongsi sifat kesalahan sendiri dapat membebaskan diri untuk menikmati kehidupan ini. Langkah kelima ialah dimana aku harus berusaha membetulkan akhlakku pula. Aku diberitahu bahawa jika aku terus dengan perangai lamaku, ia akan membawa aku kembali kepada penagihan. Berpegang pada masa lalu akan membuatkan aku ‘sakit’ dan menjauhkan aku dari mengambil bahagian dalam cara hidup baruku. Konsep takaful ini memerlukan kejujuran. Jika tiada kejujuran, ​​ kesannya pasti sama sahaja seperti kehidupan dimasa lalu.
Takaful adalah satu kaedah dimana kita saling menanggung beban bersama, yang merupakan salah satu tunjang iman dan intisari ukhuwah. Apabila kita mengaku kepadaNya, kepada diri sendiri dan manusia yang lain tentang punca sebenarnya kesalahan diri kita, bermakna kita mulai melihat kesalahan diri sendiri. Setelah mengkaji corak tingkah laku kita, dan mula melihat aspek-aspek yang lebih mendalam tentang penyakit kita, barulah kita bersama ahli ahli berkongsi secara telus.

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Ali-Imran  [160]
Dia akan bersama kita

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [At-Taghabun:11].

Kita akan menerima bantuan dan bebas untuk menghadapi diri kita dan manusia lain. Dia maha mengetahui,
Walaupun bagaimanpun, kita perlulah berusaha, Kita perlu menyatakan sendiri akan perbuatan masa lalu kita dengan diri kita sendiri supaya ia benar benar berkesan. Perlu diingat takaful bukan sekadar ucapan sahaja…….
Bertahun lamanya aku mengelak dari melihat kebenaran tentang diri sendiri. Aku malu dan berasa terasing. Kini aku tidak malu lagi, dengan takaful aku sanggup menghadapi dan mengakuinya. Ia agak tragis apabila aku dapat menulis dan keluarkan kesemuanya untuk dibenamkan. Akhlak buruk ini akan binasa dalam pancaran cahaya pendedahan…


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah :153) 
Sebelum ini, aku merasakan bahawa tiada siapa yang dapat memahami perkara-perkara yang telah aku lakukan. Aku takut bahawa jika aku mendedahkan identiti sebenar, pasti akan ditolak. Kebanyakan penagih tidak selesa tentang perkara ini. Aku sedar ia tidak realistik, tapi mereka yang bersama program ini akan faham.
Penting untuk berhati-hati memilih orang yang mendengar langkah kelima ini. Kita mesti memastikan bahawa mereka tahu apa yang kita lakukan dan mengapa kita melakukannya. Sebab itu konsep ukhwah yang terbina atas elemen ta’aruf, tafahum dan takaful ini perlu dalam kita menjalani langkah kelima ini. Walaupun tiada peraturan tertentu tentang orang pilihan kita, tapi ia sangat penting untuk kita mempercayai mereka. Hanya keyakinan dalam integriti dan budi mereka boleh membuat kita berkeyakinan. Ada juga diantara kita untuk memilih orang yang tidak dikenali dalam langkah ini. Kita juga tahu hanya yang dapat memahami penagih tanpa ada perasaan prajudis.
Apabila kita sudah bersedia dengan pilihan kita, teruskanlah dengan sokongan dan galakan dari mereka. Kita mahukan ketelusan dan kejujuran kerana kita menyedari ini soal kehidupan ataupun kematian.
Janganlah pula kita cuba menyembunyikan perkara perkara lampau. Ia tidak akan membantu dalam usaha kita mempaebaiki perasaan dalaman kita. Ia tidak mencukupi hanya dengan menulis tentang masa lalu sahaja. Kesilapan ini akan membuatkan kita hilang kemampuan. Langkah ini akan mendedahkan motif dan tindakan kita. Kita tidak boleh mengharapkan perkara perkara ini terdedah dengan sendirinya. Akhirnya kita dapat mengatasi perasaan ‘rendah diri’ dan mengelak dari rasa bersalah dimasa hadapan.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.”  
[Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Jangan berlengah-lengah. Pendirian kita mesti teguh. Kita inginkan nyatakan dengan telus, berani dan pantas, akan situasi ini. Sentiasa ada bahayanya jika kita membesar-besarkan kesalahan kita. Sama bahayanya apabila kita menafikan peranan kita dalam situasi yang lalu. Lagipun, kita masih mahu mencuba seolah olah ‘bunyinya’ seperti didalam kawalan….. 
Penagih sentiasa amat cenderung untuk berahsia. Sedarkah kita, bertahun-tahun kita menutup perasaan rendah diri dengan bersembunyi di sebalik imej palsu yang kita harapkan dapat menipu orang lain. Malangnya, kita menipu diri sendiri. Walaupun kita seringkali muncul menarik dan berkeyakinan secara luaran, tapi hakikatnya dalaman kita adalah sebaliknya. Hipokrasi ini perlu dihapuskan. Takaful mengajar kita untuk menulis dan meluahkan semuanya, tanpa tertinggal satu pun. Laluilah ia dengan jujur ​​dan bertanggungjawab sehingga selesai. Ia adalah bantuan yang amat besar untuk menghilangkan kesemua rahsia kita dimasa silam dan berkongsi beban sesama kita……
Biasanya, apabila kita berkongsi langkah ini, pendengar juga akan berkongsi beberapa kisah beliau juga. Kita akan dapati bahawa kita tidaklah unik. Sebenarnya, langkah takaful ini membuka mata kita bahawa kita boleh diterima dengan seadanya.

Kita mungkin tidak dapat mengingati kesemua kesilapan lalu. bagaimanapun, kita akan tetap berusaha dengan terbaik untuk melengkapkannya. Kami mulai merasai sifat sifat keimanan sebenar. Keyakinan akan timbul dalam jiwa kita akan kebesaranNya. Itulah kemanisan iman yang akan kita semai kelak.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabuut;2)


Inilah ujian awal kita, mendedahkan beberapa corak tingkah laku yang tidak kita gemari. Walau bagaimanapun , menghadapi pola-pola ini dan menyatakan secara terbuka menjadikan kita lebih tegas dalam menguruskannya.
Kita tidak boleh membuat perubahan ini seorang diri. Kita memerlukan bantuanNya serta ahli jemaah kita…..,  
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah :45)