Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, September 8, 2012

BERSAMALAH DENGAN KAMI !!!!!


Rumah SHIQAL adalah sebuah persatuan yang  menjalankan satu konsep pemulihan yg. berbeza dari mana mana PPDP ( Pusat Pemulihan Dadah Persendirian ) yg berdaftar setakat ini. Kami menyediakan penempatan buat pengguna pengguna dadah yang ingin memulihkan ketagihan dengan syarat syarat yang ditetapkan.
Antara kaedah pemulihan yang kami jalankan:

Kaedah rawatan :

          MINGGU PERTAMA

  • detoxifikasi- menyahkan toksid 
  • pengurutan dan bekam 
  • mandi wap 
          MINGGU KEDUA
  • pemulihan fizikal 
  • terapi kerja 
         MINGGU KETIGA
  • kemampatan aqidah 
  • pengajian agama 
  • solat taubat 
          MINGGU KEEMPAT
  • perkongsian masalah - kaedah ' recovering partner '
  • 12 teras pemulihan.
  • FA (family association)
  • kemampatan ukhwah
  • riadah dan rekreasi.


Tempoh :

  • sebulan 
  • lebih dari sebulan (bergantung atas permintaan )


Syarat syarat :
  • mempunyai azam yang kuat.
  • kesedaran diri tentang bahana penggunaan dadah.
  • sukarela
  • tiada rekod dikehendaki pihak berkuasa.
  • seorang pengguna dadah yang ingin berjaya untuk dipulihkan.
Pengambilan :
  • minggu pertama setiap bulan
  • pengambilan terhad.

BERSAMA SAMALAH DENGAN KAMI DEMI MASA DEPAN BERSAMA !!!!!!



RUMAH PERLINDUNGAN SHIQAL

MATLAMAT
tujuan utama ditubuhkan RUMAH SHIQAL adalah sebagai:


  • membantu kepulihan bagi pengguna pengguna dadah.
  • sebagai satu organisasi secara terarah.
  • menjadi rakan kepulihan (recovering partner) buat pengguna pengguna dadah.
  • menjadi pusat aktiviti.
  • pusat informasi
  • satu wadah perjuangan untuk membantu pengguna pengguna dadah membina kehidupan baru.
  • sebagai sebuah organisasi yang juga dapat membantu keluarga keluarga mereka.




  • taklimat dari motivator jemputan......

    keratan akhbar........

    riadah.........

    rumah shiqal........