Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, March 20, 2012

PENGGUNA DADAH SEMAKIN BERTAMBAH?

Tuesday, March 20, 2012




Saban hari samada di dada dada akhbar mahupun di media media elektronik, kita seringkali dapat mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan DADAH. Ada sahaja berita berita yang kurang enak kita dengar terpampang  yang melibatkan dengan pengguna pengguna dadah ini. Kebanyakannya terbabit dengan jenayah.
Biar pun ia bagaikan sudah menjadi semacam santapan harian dalam ulasan isu semasa, namun yang jelas perlukah kita sebagai komuniti hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri tanpa dapat melakukan apa apa?
Perlukah kita hanya menunding jari dan membiarkan saja perkara itu berlaku dan hanya mengharapkan pihak pihak berwajib bertanggungjawab dalam hal hal seperti ini?

Ada juga sesetengah dari komuniti kita sendiri menganggap isu isu ini sebagai hal yang remeh temeh saja. Ada juga yang terlalu sibuk berpolitik seolah olah perkara perkara yang membabitkan soal komuniti ini sebagai tidak releven lagi!
Cuba kita fikir sejenak, kita mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pengguna penguna dadah semakin meningkat perpandukan dari statistik statistik yang dikeluarkan oleh pihak pihak yang prihatin dengan masalah sosial ini. Dan yang terkini.KLIK DISINI.

Walaupun berbagai bagai tindakan telah diambil, namun perkara ini tidak mungkin dapat dihapuskan sekiranya komuniti itu sendiri masih lagi berpeluk tubuh! Bayangkanlah apa akan terjadi pada negara kita sekiranya jumlah pengguna dadah ini telah mencapai angka JUTAAN ?
Selamatkah kita dan keluarga kita sekiranya perkara ini benar benar terjadi ? Pembunuhan, jenayah, penipuan, kecurian dan penculikan berlaku saban hari disekitar keJIRANAN kita?
Pikir pikir kan laaa

Wednesday, March 7, 2012

RUMAH SHIQAL BERUBAH WAJAH....

Salam buat semua......,
Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru...., Selamat Tahun Baru Cina.... dan yang penting Selawat dan Salam pada Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul baru baru ini.
Banyak peristiwa peristiwa gembira serta sedih berlaku sepanjang 2011 yang kita tinggalkan. Setiap satu itu akan menjadi kenangan yang tidak mungkin kembali lagi.
Dalam banyak peristiwa yang berlaku dalam 2011, ada satu peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Aku rasa cukup kecewa dengan apa yang berlaku terutama dengan fitnah fitnah yang kerap dilemparkan pada diri ini. Tapi pada kali ini ia agak melampau hingga ada yang sanggup membuat lapuran pada SPRM!
Dahsyat....., sungguh dahsyat!!!! Setelah kita membantu mereka, layan mereka bagaikan saudara kita sendiri....., ini yang dibalasnya.
Perasaan dengki yang membuak buak dalam diri mereka ini yang membuatkan mereka seolah olah tidak punya keinsafan walaupun sebesar zarah sekali pun! Bak kata umpama melepaskan anjing tersepit. Semuanya berpunca dari perasaan irihati, cemburu, dengki dan tah apa apa lagi yang mereka semai dalam hati busuk mereka.
Siapakah mereka ini? Mereka adalah bekas bekas residen yang tidak tahu berterima kasih dengan apa yang telah kita berikan. Hati mereka rosak akibat dari terlalu lama bergelumang dengan najis dadah! Mereka datang keRUMAH SHIQAL bukan untuk memulihkan diri mereka, tapi semata mata ingin 'berehat' atau pun hanya ingin mengambil kesempatan dari kebaikan dan sifat 'hospitality' yang kita sediakan di RUMAH SHIQAL.
Sudahlah ketika daftar masuk satu sen pun tak bayar...., kita yang tanggung makan minum dan bermacam macam lagi, apa mereka ingat kita ini pegawai welfare...??? Tarak guna punya orang. Disebabkan mereka inilah aku sudah tawar hati untuk membantu mereka mereka yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi mahu pun yang tidak punya sanak saudara....buat waktu ini.
Kini RUMAH SHIQAL telah berubah wajah.
Dengan nama baru SHIQAL RESIDENSI...., dan dibawah tadbir oleh seorang yang berpengalaman dalam selok belok penggunaan dadah. Beliau memang tidak asing buat pengguna pengguna dadah terutama di Pulau Mutiara. Seorang yang berdedikasi dan cukup cenderung dalam memotivasikan mereka mereka yang terlibat dalam penggunaan dadah. Setelah hampir 3 tahun aku cuba membantu mereka mereka yang ingin mengubah nasib hidup sebagai pengguna dadah kepada menjadi seorang insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara melalui konsep terbuka, dan kini konsep SHIQAL RESIDENSI telah berubah!
Dengan transformasi ini, harapan kita biarlah apa yang berlaku selama ini menjadi satu pengajaran yang amat berguna buat kami di SHIQAL RESIDENSI...., betullah seperti kata orang "setiap yang pahit itu adalah obat"  dan setiap yang manis itu belum tentu menjadi penawar........,



NOTA: siri Dari Heroin Kepada Methadone - 4 terpaksa ditangguhkan dulu......,ye.