taklim
kuliah oleh ustaz jemputan
sharing
sharing
mandi taubat
mandi taubat
bacaan yasin & tahlil setiap jumaat
kuliah agama di surau-surau kelas fardhu ain oleh ustaz-ustaz jemputan solat berjemaah
testimoni residen
Search This Blog
Translate
Followers
Wednesday, December 22, 2010
Pemulihan dari segi ROHANI
Sunday, December 19, 2010
RELAPSE.......!!!!!!!
Relapse atau penagihan yang berulang.... Semua penagih yang biasa dok di Pusat Serenti tau apa itu relapse.Bagi kami disini yang paling penting bukan sekadar memahami apa itu RELAPSE, tapi cara untuk mengatasinya.
Setiap penagih harus menerima hakikat bahwa beliau adalah seorang penagih dan tetap seorang penagih sehingga akhir hayatnya. Itu yang pasti! Namun beliau hanya dapat mengekalkan kepulihannya dari saat ke saat,minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari dan seterusnya. SEORANG PENAGIH DADAH IBARAT SAMA DENGAN SEORANG YANG MENGIDAP PENYAKIT KENCING MANIS. Apa yang boleh di buat, hanya mengawal penyakitnya saja supaya tidak berulang.
Terdapat 3 perkara yang harus dipandang serius oleh seseorang penagih itu apabila beliau mahu mengekalkan kepulihannya;
1. CARVING - perasaan ingin mengambil dadah.
2. TRIGGER - keinginan yang datang disebabkan THINGS(benda),PLACES(tempat),PEOPLE (orang)
3. SLIP - tergelincir, ia akan datang jika tidak berhati-hati.
Seperti diri aku.....,aku sentiasa menganggap aku tetap seorang penagih dadah sampai akhir hayat! Dengan sebab itu aku sentiasa berjaga-jaga jangan sampai 3 perkara diatas berlaku pada diri aku.JANGAN SEKALI-KALI UNTUK 'LAST CALL'.Banyak faktor-faktor yang dapat mempengaruhi penagih itu terlibat kembali(relapse).....
Aku kira penagih-penagih seperti aku(dulu la....) harus membuat anjakan paradigma yang meliputi seluruh kehidupan beliau. Sebagai contoh; beliau harus berubah sikap dan tingkahlaku, penampilan dan gaya hidup, pemikiran dan juga akhlak.Pikir-pikirkan la....PERUBAHAN DI TANGAN ANDA!!!!
Saturday, December 18, 2010
'STIGMA' Masyarakat Kita
Aku kira catitan kali ini mungkin akan menyinggung hati beberapa insan terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam kisah kali ini. Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak (RUMAH SHIQAL) bukan tercetus secara tidak sengaja atau pun lahir dari pemikiran sekelumpok manusia. Ia lahir dari cetusan ide aku yang mana aku rasakan perlu adanya satu pertubuhan yang dibentuk oleh para penagih dadah sendiri atas kesedaran untuk berubah melalui kaedah penyatuan dan sokong bantu. Ianya harus disertai oleh masyarakat itu sendiri yang akan membentuk sebuah komuniti yang bertanggungjawab dan berintegriti. Inilah yang cuba aku terapkan dalam RUMAH SHIQAL. Namun yang jelasnya, setelah lebih 2 tahun penubuhannya aku masih gagal untuk mencapai impian aku untuk melihat wujudnya satu gagasan bersepadu dikalangan komuniti itu sendiri. Penerimaan masyarakat terhadap pengguna dadah memang sukar diubah dan kebanyakan dari mereka masih lagi percaya bahwa 'penagih itu tetap penagih' dan hanya layak dipanggil sampah masyarakat saja.
Aku bukan cakap kosong kerana aku sendiri mengalami situasi yang begini.......! Antaranya,
bila aku ajukan cadangan aku (nak tubuh persatuan la) pada pegawai AADK sendiri (bukan semua) mereka mempermainkan ide aku!
"Sok ni hampa buat 'port'pulak...tolak 'barang' senang sikit kot....kalu dah ramai kumpul.....", pegawai AADK bertugas.
"Sham, tak payah la buat banyak-banyak persatuan.... yang ada ni pun dah cukup!", dengan nada sinis dari ketua jabatan AADK ( tak payah sebut daerah mana....).
"yang berhenti 10 tahun pun bole isap balik.......", ayat power dari ketua jabatan sendiri.......
"emh...., depa ni bagi makan kat rimau jeeeee", kata pujangga dari seorang yang bergelar Dato'.
"buang karen je bela depa ni.....", antara ayat yang sering di dengar.
"daripada aku buang duit bantu depa..., lebih baik aku sedekah kat anak yatim", dari seorang usahawan.
Dan banyak lagi.....!!!!!!
Ini adalah ciri-ciri manusia yang ada disekeliling kita. Pemikiran yang dibentuk oleh siapa? Dimana letaknya integriti kita sebagai insan yang berjiwa besar? Kononnya kita telah membentuk satu masyarakat yang dinamik terdiri dari komuniti majmuk yang prihatin dengan konsep modal insan. Cheh! bunyinya sedap tapi hampeh....
Lebih 40 tahun DADAH telah menyerap masuk dalam akar umbi masyarakat kita, penyalahgunaannya makin bertambah. Kita masih lagi tercari-cari kaedah yang sesuai untuk pemulihan mereka ini. Sehingga timbulnya segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka ini BOMOH yang punya 'super treament' seolah-olah mereka punya obat dan kaedah yang paling mujarab untuk pulihkan penagih-penagih ini. Celakalah golongan ini! Mereka ini adalah golongan opurtunis yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Dengan meletakkan kos rawatan yang tak masuk akal (adakala mencecah sehingga RM 10,000) dalam satu sesi rawatan yang tidak sampai sebulan! Ini penipuan namanya!
Sekiranya apa yang didakwa benar, mengapa kerajaan harus membazirkan wang hingga berjuta ringgit dengan penubuhan pusat-pusat serenti (PUSPEN). Kenapa tidak diserahkan saja penagih-penagih ini pada si PUTAR ALAM itu ? Selesai masalah. tidak payah membazir masa, tenaga kerja dan boleh menjimatkan wang pembayar cukai.
Aku merasa kesian pada keluarga serta ibubapa yang sanggup diperdaya oleh golongan ini. Hanya disebabkan terlalu mengharapkan satu keajaiban akan tercipta, maka mereka inilah yang menjadi mangsa. Kononnya boleh buat pembenci la, bagi lupa la dan yang paling popular dengan kaedah muntah kononnya boleh keluarkan racun DADAH dari tubuh sipenagih! PENIPU!!!! Dadah yang dihisap atau di suntik akan meresap ke seluruh tubuh si penagih...., bukan dalam perut si penagih itu! Kalau setakat bagi muntah saja boleh hilang racun dan bisa DADAH itu......, suruh si PUTAR ALAM itu minum racun rumpai dan kemudian suruh dia muntah, berani tak dia?
Mengapa sehingga hari ini tidak di wujudkan satu badan khusus dibentuk khas semata-mata untuk penyelidikan tentang DADAH ini? Bagi aku perlu di wujudkan bukan hanya bertujuan mencari kaedah rawatan semata-mata, tetapi lebih dari itu. Percayalah PENYALAHGUNAAN DADAH INI TELAH MEMBENTUK SATU BUDAYA yang merbahaya ditengah-tengah mayarakat kita!!!!!!!!! Pikir-pikirkan lah.
Sunday, December 12, 2010
Sumbangan dari Rotary Club of Taiping
Lama jugak aku tak post kat blog ni....., sibuk sikit, bukan apa bila akhir tahun ni RUMAH SHIQAL dapat sumbangan barangan DOBI oleh ROTARY CLUB of TAIPING, syukur sangat aku kerana ada juga insan yang bernama Abd Halim Yahya (presiden kelab Rotary of Taiping) ingin membantu kami disini. Atas keinginan untuk berubah dan semangat untuk membantu sahabat-sahabat senasib kami mencari sebuah premis yg agak murah utk. bertapak. Masalahnya sekarang modal pusingan, kelengkapan2 lain perlu kami sediakan sendiri. Sekali lagi aku berterima kasih pada en. Halim kerana menyumbangkan RM5,000.00 dari kelab Rotary juga. Ringanlah sikit bebanan yang perlu kami tanggung. Kini aku perlu cari lebih kurang RM 10,000.00 lagi untuk modal pusingan.
Wednesday, December 1, 2010
sambungan Siapa Aku......?
Semasa aku di Peneng........, aku mendapat tawaran kerja diHospital Besar P.Pinang bahagian psyciatric sehari selepas menikah. Aku ni masih dalam ketagihan dadah lagi. Mula disana aku menumpang dirumah sepupu di Bayan Baru. Aku pun mulanya nekad untuk berhenti dari menagih. Alhamdulillah, aku dapat pulihkan diriku pada 6 bulan pertama aku disana.....
Sehinggalah aku dapat menyewa rumah sendiri di Sungai Ara, membawa isteri aku dan beliau pun mula bekerja di sana. Anak kami yang pertama dilahirkan di P.Pinang. Namun 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari' aku terlibat kembali dengan DADAH. Sial betulllllll.
Berbagai-bagai masalah yang terpaksa kami lalui bersama, adakala isteriku terpaksa cuti dan berhenti kerja bertukar tempat kerja semata-mata ndak menjaga aku pabila aku nak berhenti DADAH. Seksa.....sebab 'barang' Peneng 'baik punya'.......! Nak 'stop' cukup seksa. Ada satu ketika tu aku pegi ke Genting Highland ngan abangku yang kerja di KL......, tapi bila balik ke Peneng AKU buat balik. Cheh...!!!!
Akhirnya isteriku balik Taiping, bawa anak kami sekali. Lagi aku jadi tak tentu hala di Peneng. Aku pula sewa bilik saja, murah sikit. Masa ni ketua jabatan pun dah tahu yang aku ni menagih. Tapi mungkin sebab sayangkan aku dia suruh ambil cuti tanpa gaji 2 bulan. he....he....he......
Balik la aku ke Tepeng, tapi aku tak dapat ubah sikap aku..., masih lagi menagih. Bukan lagi elok tapi makin menjadi-jadi. Terus aku 'absent' kerja. Sampai la ke hari ni.
Bila aku di Taiping aku jadi lagi 'tension' sebab dulu pakai kereta, ada duit, ada kerja tapi sekarang aku rasa kehilangan segalanya......., habis semuanya, lingkup, punah malahan bisness aku di Peneng pun lingkup (aku ada syrikat pembinaan sendiri disana di samping bekerja ). Abis semuanya. Apa yang aku boleh buat disini (Taiping), melainkan aku teruskan dengan kegiatan aku sebagai penagih TEGAR. Aku mula mengedar secara kecil-kecilan, keluar masuk lokap, penjara, pusat serenti (puspen Bt Kurau 2005 ) dan yang terakhir penjara Taiping '06.
Ketika inilah aku mula menyedari bahwa diri ini telah mensia-siakan usia budak, remaja dan dewasaku dengan menagih DADAH. (dari umur 13 tahun hingga 42 tahun. 1978-2007 ). Hampir 30 tahun !
Subscribe to:
Posts (Atom)